Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

VLOG DI SEBALIK TABIR DIDIK TV KPM - CIKGU KERUN

 Pengalaman Bersiaran pertama kali di DIDIK TV untuk SLOT TEROKA, SAINS MENENGAH RENDAH,

TEMA : KELAS MAKANAN T2.


Persiapan, perancangan dan persediaan semua dilakukan dengan kerjasama banyak pihak. Terima kasih Pihak BPK, memberi ruang dan peluang kepada guru-guru menjadi penyampai ilmu melalui saluran TV.

Tugasan yang agak mencabar bagi memastikan semua bahan yang diperlukan telah sedia.

Perasaan berdebar selagi belum selesai tugas sentiasa ada.

        Di antara persiapan yang dijalankan seperti menyediakan prop dan Alat  Bantu Mengajar . ABM yang digunakan adalah bahan maujud seperti bahan makanan dari pelbagai sumber kelas makanan.Selain itu juga penyediaan radas makmal beserta keputusan akhir ujian makanan yang akan di bawa ke studio. ABM tidak menggunakan silde powerpoint untuk slot teroka.

Selain itu juga dua video pendek berdurasi 1 minit setiap satu perlu disediakan untuk ditayangkan semasa siaran.



        6 orang murid telah dipilih dan di latih setiap hari untuk berinteraksi semasa siaran.

Skrip juga harus disemak oleh pihak BPK dan NTV 7, jadi ada beberapa kali skrip diubah mengikut kesesuaian rancangan dan masa siaran.

Peluang yang di beri sebagai penyampai DIDIK TV KPM adalah pengalaman yang sangat berharga sepanjang bergelar guru. Untuk rakan-rakan yang bakal menerima tawaran sebagai penyampai, ambil peluang dan cipta pengalaman baru yang berharga..




Link siaran:  https://www.youtube.com/watch?v=NIgZKgVOwEM


Yu. Hani

đź’“youtube.com/CIKGuHANiđź’“ Seorang guru Sains dan Kimia yang komited dalam bidang pendidikan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama