Responsive Ad Slot


LIVE!

LIVE

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH I KATA NAMA KHAS OLEH CIKGU SARIPAH

03/03/2021

/ oleh Yu. Chekgu LK

 



Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda, orang, haiwan, tumbuhan dan tempat yang bersifat khusus. Penulisan setiap kata nama khas dimulakan dengan huruf besar sama ada berada di awal, tengah atau akhir ayat.



Kata nama khas dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kata nama khas untuk manusia, kata nama khas hidup bukan manusia dan kata nama khas bukan manusia.

a)  Kata nama khas untuk manusia

Contoh:  Puan Salwani, Profesor Hashim dan Doktor Latifah

b)  Kata nama khas hidup bukan manusia

Contoh: Sang Kancil, Pak Belang dan Si Tompok

c)  Kata nama khas tidak hidup

Contoh: Nokia, Menara Kuala Lumpur, Melayu





SARIPAH BINTI MAT DAUD

SK SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG SELANGOR

SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguSaripah

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia