Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

AYU MELAKAR SEJARAH DI PERSADA PENDIDIKAN NEGARA (JALINKAN KERJASAMA BERSAMA BPI-KPM)

 


Kejayaan Akademi Youtuber (AYU) melahirkan para youtuber akademik dari kalangan guru seluruh negara dalam pelbagai mata pelajaran dan penghasilan video-video PdPc yang berkualiti serta kelas-kelas tuisyen online percuma secara live youtube telah membuka mata pihak luar untuk bekerjasama dengan AYU di antaranya ialah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Perjumpaan pertama dengan pihak BPI telah dijalankan melalui pelantar Google Meet pada 9 Mac 2021 dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi eDidik Malaysia, Akademi Youtuber (AYU) dan Kelab Guru Malaysia (KGM) bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan bagi mengadakan kursus peningkatan profesionalisme PdPc untuk guru-guru Pendidikan Islam (GPI) di seluruh negara. 


Rentetan itu, seramai 8 orang ahli Akademi Youtuber (AYU) yang diketuai oleh En Muhd Ihsan Che Mat (Cikgu Benn) dan En Zuly Rahimie Zulkifli selaku ketua Youtuber Trainer  AYU telah berkampung selama 2 hari di BPI, KPM yang terletak di Cyberjaya pada 23 - 24 Mac 2021 bagi merangka modul kursus kemahiran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk GPI. Hasilnya, kursus rintis yang pertama akan dijalankan pada 7-8 April 2021 di Negeri Sembilan. Selepas itu, kursus ini dijangka akan menjelajah ke seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dengan bantuan ahli-ahli AYU yang terlatih di seluruh Malaysia. Semoga program berjalan lancar dan AYU dapat membantu melahirkan pendidik yang berevolusi dan mampu memenuhi keperluan global serta memacu pembelajaran digital negara.


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama