Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

MAT SKODENG TERJAH!!! - USAHA MURNI SEORANG GURU





Mat Skodeng (MS) kali ini telah menerjah Youtube Channel milik Youtuber AYU. Sambil jalan-jalan pandangan MS terhenti dekat satu video ni, punyalah teruja MS tonton. Rupanya-rupanya Cikgu Syazone yang punya.
MS terinspirasi cara Cikgu Syazone dan rakan-rakan sekolahnya bertungkus lumus dan berhati waja menghantar modul Pdpr ke kawasan penempatan anak muridnya. Cikgu Syazone telah menerjah tempat tinggal pelajar SK Paya Bungor. Kebanyakan murid terdiri daripada Suku Jakun dan Suku Semaqberi di Paya Bungor, Kuantan, Pahang. Tujuan terjahan kali ini untuk memberikan modul Pdpr kepada murid-murid yang terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli. Ia juga dapat menjadi wadah dalam penyebaran ilmu di kawasan pedalaman. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Syazone dan rakan guru SK Paya Bungor yang telah mengambil inisiatif memastikan murid-murid dapat terus belajar. Seperti yang diketahui, amat sukar untuk mereka mendapat capaian internet. Oleh itu, hanya dengan cara ini sahajalah yang mampu membantu mereka dalam menuntut ilmu.

Teringat akan kata-kata seorang wartawan yang masih terngiang-ngiang di telinga MS. “….itu situasi yang biasa bagi penduduk luar bandar kerana mereka bukan sumber keuntungan kepada setiap syarikat komunikasi berbandang pengguna di kawasan bandar. Namun, Ketika memerlukan, elok syarikat komunikasi turun padang melihat mereka di luar bandar.” Usaha murni Cikgu Syazone dan rakan-rakan Sk Paya Bungor ini harus dijadikan contoh oleh sesiapa sahaja. Tahniah sekali lagi MS ucapkan kepada Cikgu Syazone. Taburlah bakti walau hanya satu kebaikan kerana ia mungkin sebab utama kita ke syurga.
Tonton video penuh di

Disediakan oleh, Mat Skodeng 

Akademi Youtuber Malaysia (AYU) 

Yu. Jamalee

https://www.youtube.com/CikguJaMaLee

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama