Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

10K SUBSCRIBER - REALITI ATAU FANTASI


 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Nur Fadhlina binti Khairuddin merupakan seorang guru dari SK Gopeng, Taman Gopeng Baru, Ipoh, Perak.  Dilahirkan pada tanggal 23hb Januari 1982.  Beliau telah membina mahligai bahagia bersama Muhamad Zackry bin Abu Bakar. Hasil perkongsian hidup, beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Muhammad Ilham Putra, Muhammad Arif Alimin, Aaira Khadeeja dan Airis Zulaikha.  Beliau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan rakan-rakan di Akademi Youtuber.

"Sabar itu manis"... Itulah ungkapan kata-kata keramat daripada seorang yang hebat dan telah berjaya menggegarkan dunia youtuber.  Siapa sangka, beliau telah berjaya mendapat 10k Subscriber dalam masa 7 bulan, sejak menyertai Akademi Youtuber mulai 2hb Julai 2020.


Dengan berbekalkan motto channel beliau " Simply Being Linn Zack", di situlah titik permulaannya.  Beliau banyak membuat video perkongsian di channel beliau.  Antaranya ialah ,Video Tutorial, Video PDPC Sejarah, PJPK dan Bahasa Melayu,  Video santai bersama Linn Zack dan sebagainya

YU Suffi selaku Youtuber Manager juga telah merakamkan ucapan tahniah kepada Cikgu Linn Zack melalui video berdurasi 10 minit di channel beliau.  Tidak dilupakan juga rakaman ucapan tahniah daripada rakan-rakan seperjuangan.  Tahniah Cikgu Linn Zack.  Anda sememangnya layak.  Teruskan berinspirasi, kerana inspirasi anda adalah pemangkin semangat kepada kami.  


Jika datang membawa khabar,

Jabat salam kita hulurkan,

Jika datang membawa rezeki,

Rasa syukur kita ucapkan,

Jika datang membawa tuah,

Senyum lebar kita ukirkan.



TAHNIAH Cikgu Linn Zack.  10K bukan lagi fantasi tetapi kini adalah realiti.

https://www.youtube.com/watch?v=YaWRMNs6sjw

Disediakan oleh:

Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official

Link Channel  :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema


1 Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama