Hello…Hai…
Selamat berkenalan dengan 9 orang guru PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS. Panitia Pemulihan Khas telah menyediakan 82 video pembelajaran bagi membantu mengatasi masalah penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Matlamat utama Koleksi Video PdPc Pendidikan Pemulihan ini diwujudkan sebagai bahan rujukan pembelajaran untuk para guru, ibu bapa dan murid-murid seluruh negara.
Video-video PdPc yang dihasilkan juga sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun ke atas. Video-video PdPc ini merangkumi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid iaitu pembelajaran dari mudah ke sukar.
Panitia Pemulihan Khas Sekolah Rendah ini juga menyediakan kelas tuisyen percuma secara langsung dalam talian menerusi saluran Youtube anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia. Jom ramai-ramai kongsikan kepada semua agar ramai yang mendapat manfaatnya.
SENARAI PLAYLIST VIDEO PDPC PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH
BAHASA MELAYU : PLAYLIST VIDEO BAHASA MELAYU (semua)
PELAJARAN 1 : PRABACAAN & PRA TULISAN, HURUF VOKAL & KONSONAN (KP 1 hingga KP 3)PELAJARAN 2 : SUKU KATA KV, PERKATAAN KVKV, VKV, KVKVKV (KP 4 hingga KP 7)
PELAJARAN 3 : PERKATAAN KVK (KP 8 hingga KP 15)
PELAJARAN 4 : PERKATAAN KVKK (KP 16 hingga KP 28)
PELAJARAN 5 : DIFTONG & DIGRAF (KP 29 dan KP 30)
PELAJARAN 6 : BACAAN & KEFAHAMAN (KP 31 dan KP 32)
MATEMATIK : PLAYLIST VIDEO MATEMATIK (semua)
PAUTAN SALURAN YOUTUBE GURU-GURU YANG TERLIBAT
Cikgu Eqa : www.youtube.com/cikgueqa
Cikgu Haseni : www.youtube.com/CikguHaseni
Cikgu Oozy: https://www.youtube.com/CikguOozy
TeacherDea : https://youtube.com/TeacherDea
TicerIntan : http://www.youtube.com/ticeintan769
Cikgu AinulSamurai : https://www.youtube.com/CikguAinulSAMURAI
Cikgu Alias : https://www.youtube.com/CikguuAlias
Cikgu SitiNor : https://www.youtube.com/SitiNorBaya
Cikgu Zurin : https://www.youtube.com/cikguzurin
ngam sudah ni! terbaik!
ReplyDelete