Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

Guru sewa hotel 2 kali demi laksana tuisyen percuma!


Assalamualaikum, saya Cikgu Jainah Nahasin, mengajar di SMK Ranau, Sabah.  Saya mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sejarah menengah atas. Saya ingin berkongsi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sebagai salah seorang peserta  Akademi Youtuber Guru Malaysia dan kini berada dalam C4. Dalam C4, peserta dikehendaki melengkapkan Task Wajib sebelum mara  ke cabaran seterusnya iaitu C5.  Dalam C4 para peserta yang terdiri daripada guru-guru seluruh Malaysia akan melaksanakan PdP bersiaran secara langsung (LIVE) kepada para pelajar di luar sana.  Untuk bersiaran secara LIVE capaian internet mestilah stabil tanpa ada sebarang masalah. 

 

Pada awalnya, saya telah mengambil keputusan untuk tidak bersiaran kerana saya menghadapi masalah internet yang sangat tidak stabil di rumah saya, saya memilih untuk membuat Task Alternatif iaitu membuat 5 VIDEO PDPC WOW. Terima kasih kepada KP Sejarah SPM Cikgu CM Kaizen kerana sentiasa memberi nasihat, semangat dan dorongan untuk saya membuat task wajib. Sepatutnya slot saya bersiaran LIVE pada awal 3/12/202 yang lalu tetapi terpaksa saya tolak kerana masalah internet.   Sebagai permulaan Cikgu Kaizen meminta saya menjadi pemerhati untuk mengambil pengalaman melihat guru-guru yang bersiaran dalam konti. Selama bertugas sebagai pemerhati selama dua slot saya selalu terkeluar dari streamyard kerana internet tidak stabil di rumah, keadaan ini menyebabkan saya tidak yakin dan tidak bersemangat untuk bersiaran kerana bimbang akan menimbulkan masalah apabila bersiaran nanti. Sebenarnya saya sudah membeli 4G Wireless Router untuk di rumah tetapi saya masih tidak yakin dengan internet tersebut dapat membantu saya.

 

Sehinggalah pada 10/12/2020 saya berpeluang untuk bersiaran secara LIVE untuk subjek Sejarah SPM. Setelah pasti saya akan bersiaran saya merancang bersiaran di sekolah memandangkan masa LIVE pada pukul 8.00 pagi hari Khamis kerana di sekolah capaian internet agak baik. Walau bagaimanapun sehari sebelum masa siaran LIVE berlangsung saya mendapat makluman daripada SESB akan menutup bekalan elektrik pada 10/12/2020(Khamis) bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang sekitar pekan Ranau termasuk sekolah saya SMK Ranau untuk kerja-kerja penyelengaraan penyawaian. Saya buntu seketika kerana memikirkan esok saya akan bersiaran, hanya satu yang saya terfikir pada masa itu menyewa di hotel yang ada di pekan Ranau. Malam itu juga saya berhubung dengan pihak hotel di pekan Ranau untuk membuat tempahan selama 4 jam .Syukur kerana masih ada bilik yang kosong.

 

 

Bersiaran secara langsung (Live) memerlukan internet yang stabil.  

Pada 10/12/2020 (Khamis), seawal 6.00 pagi saya sudah bersiap untuk ke hotel.  Saya perlu bersedia awal kerana banyak yang perlu disediakan sebelum 7.30 pagi. Antara barang-barang yang saya bawa termasuklah kain green screen, ring light, laptop, penyambung wayar, gam dan gunting. Tujuan saya menyewa hotel semata-mata ingin membuat yang terbaik ketika bersiaran dengan niat untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar di luar sana.  Alhamdulillah, saya berjaya bersiaran secara langsung dengan baik tanpa ada masalah internet. 

 


Keesokan harinya pula, 11/12/2020 (Jumaat) pukul 12.30 tengah hari, sekali lagi saya menyewa bilik hotel yang sama selama 4 jam kerana saya bertugas sebagai moderator untuk rakan Sejarah yang bersiaran pada masa itu, saya tidak ingin memberikan masalah kepada rakan-rakan yang bersiaran sekiranya capaian internet saya tidak stabil ketika bertugas. Saya merasa mencapai kepuasan yang positif selepas selesai menjalankan tugasan tersebut tanpa dipaksa oleh sesiapa.  Terima kasih AYU atas pengalaman ini.  Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Tertinggi AYU team Cikgu Suffi atas pembelajaran yang amat bermakna ini.  Semoga AYU terus berkembang dan maju ke hadapan mencurahkan  ilmu percuma kepada guru-guru di Malaysia. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga AYU.  Terima kasih AYU.



 

Ditulis Oleh : JAINAH NAHASIN

Link Video : https://youtu.be/_ptQZHX65VQ


Link Channel: https://www.youtube.com/c/Jainahnahasin

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

3 Ulasan

  1. Hebat cikgu.. Semangat.. Semoga diberkati Allah selalu.. Teruskan perjuangan..

    BalasPadam
  2. Syabas dan tahniah atas kometmen. Semoga semua usaha sentiasa dipermudahkan.

    BalasPadam
0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama