Video ini berkisar tentang Kemahiran Asas Menulis Perenggan isi-isi karangan dengan mengaplikasikan teknik mudah dan pantas. Teknik ini dinamakan sebagai Teknik ABCD. Untuk mengarang, kemahiran asas perlu dikuasai oleh murid sebelum menulis karangan yang lengkap dan berkualiti.
Teknik semudah ungkapan ABCD diaplikasikan ini sangat sesuai untuk penulisan karangan kerana mudah difahami dan boleh dipraktikkan oleh murid-murid terutamanya yang kurang mahir menulis karangan.Jika dipraktikkan secara berterusan, pasti dapat menghasilkan karangan pada tahap cemerlang berdasarkan kemampuan dan kreativiti murid mengolah sesuatu karangan. Sila saksikan video ini. Anda pasti berpuas hati.Terima kasih kerana sudi menonton.
Tags
PDPC