Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

PDPC | Bahasa Melayu Tingkatan 5 | Tajuk-tajuk Penting Karangan SPM 2020

 

Inisiatif eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia membentuk komuniti Youtuber daripada kalangan guru-guru bagi menyumbang video menarik dalam pelantar perkongsian Youtube di Malaysia. Akademi Youtuber komited melaksanakan misi perkongsian berskala besar rentetan keperluan guru-guru untuk memiliki Channel sendiri bagi melengkapkan misi penggunaan Google Classroom menggunakan 'Content' sendiri.

Video ini memaparkan tajuk-tajuk Penting Karangan Bahasa Melayu  SPM 2020 seperti, gejala buli, media sosial (- Kebaikan media sosial, - Kesan negatif penggunaan media sosial, - Peranan ibu bapa menangani penyalahgunaan media sosial dalam kalangan anak), keluarga sakinah.... dan seterusnya. Penceramah dalam video ini, ialah Encik Juilis Mokujal. Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG52 dan kini sedang mengajar di SMK.Narinang, Kota Belud, Sabah. Beliau juga merupakan penulis buku Bahasa Melayu dan juga penulis bahan sastera. Encik Juilis Mokujal, sering diundang untuk memberi ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu di sekolah-sekolah seluruh negeri Sabah. Video ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya. Sebarkan video ini agar dapat dijadikan panduan oleh guru-guru  dan juga murid-murid.

Terima kasih kerana berkunjung ke ruangan ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan video ini anda dialu-alukan untuk menonton melalui pautan berikut:

https://youtu.be/rVMpSJIWVTg

 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama