Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

Koleksi video Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2020 oleh rakan-rakan guru peserta Akademi Youtuber!

02/08/2020

/ oleh Yu. Suffi Yusof


Akademi Youtuber ditubuhkan untuk menggalakkan guru-guru di Malaysia mempunyai asas kemahiran menguruskan channel di Youtube seterusnya menerbitkan pelbagai kandungan video menarik yang khusus untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Akademi Youtuber juga mensasarkan 10,000 Youtuber yang bernaung di bawah Akademi Youtuber - AYU menjelang 2025. Jumlah ini mampu mengubah landskap kandungan video khususnya di Malaysia apabila mampu memperbanyakkan kandungan video dalam kategori 'pendidikan' dan memberi nilai tambah dalam gaya pendidikan norma baharu. 
 Penerbitan video pendidikan juga seiring dengan kehendak pendidikan norma baharu yang membolehkan setiap video pendidikan digunakan secara bersama dengan pelantar pendidikan No.1 di dunia iaitu Google Classroom. Inisiatif ini akan menjadikan setiap guru yang menyertai Akademi Youtuber melengkapkan asas pengetahuan untuk menguruskan akaun Google Classroom dan penggunaan kandungan video sendiri dalam proses PDPC masing-masing. Terima Kasih kepada semua guru yang menyahut cabaran ini, anda memang hebat!

 Berkonsepkan #kitabantukita tiada yang mustahil dalam mencetuskan fenomena baharu dalam dunia pendidikan negara! Akademi Youtuber menggalakkan para peserta akademi untuk siapkan sebuah video ucapan ringkas sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2020 sebagai sebahagian daripada tugasan pembelajaran dalam akademi. Jom tonton dan subscribe sebagai tanda sokongan! *Jumlah video akan ditambah dari semasa ke semasa.

KLIK DI SINI UNTUK MENONTON

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home
( Tutup )
  1. Jemputan Buat Semua ke PBD Digital Pertama Saya Dalam Channel Saya youtube.com/c/FatikhinSalim dan copy link ini untuk baby trailer saya Salam Perkenalan E-Learning bersama saya 🔔

    https://youtu.be/QpLjexRfAns

    ReplyDelete

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia