Daripada Cikgu Syazone & Ustazah Azlina
(Penerima Anugerah Ikon Adi Guru, Ikon Delima, dan Ikon Content Creator Digital Negeri Pahang 2025)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kami berdua dapat berdiri di sini sebagai penerima anugerah Ikon Adi Guru, Ikon Delima dan Ikon Content Creator Digital Negeri Pahang 2025.
Setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada Akademi Youtuber Malaysia (AYU), sebuah platform yang sentiasa membuka ruang dan peluang untuk guru-guru di seluruh negara berkarya, berkongsi ilmu dan berkembang dalam dunia digital pendidikan. Tanpa sokongan, bimbingan, dan jaringan hebat yang dibina oleh AYU, perjalanan ini tidak mungkin semudah dan seindah ini.
Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, rakan-rakan guru, serta komuniti pendidikan di Negeri Pahang yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat. Anugerah ini bukan milik individu semata-mata, tetapi milik bersama – sebagai bukti bahawa warga pendidik mampu melonjakkan kecemerlangan dalam dunia digital, sejajar dengan aspirasi pendidikan negara.
Akhir kata, semoga kejayaan kecil ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, berkongsi, dan berbakti melalui dunia digital, demi anak-anak bangsa tercinta.
Sekali lagi, terima kasih Akademi Youtuber Malaysia kerana menjadi pencetus perubahan dalam landskap pendidikan abad ke-21.
