"Perjalanan saya bersama Akademi YouTuber bermula pada tahun 2021. Ketika itu, saya hanya sempat melangkah sehingga Task 2. Namun, langkah saya terhenti di situ….bukan kerana tidak mahu meneruskan, tetapi semangat ketika itu belum cukup kuat. Keyakinan goyah, dan saya rasa seperti perjuangan ini bukan untuk saya. Saya berhenti, dan terus menyimpan hasrat yang tak tertunai.
Tahun 2024, saya nekad kembali menyambung perjuangan yang tertangguh. Mentor Panitia Bahasa Arab saya وان حذرالدين beberapa kali me gajak saya kembali meneruskan perjalanan dalam AYU tapi saya rasakan laluan kali ini tidak mudah. Saya seorang guru yang aktif di sekolah, terlibat dalam pelbagai program, membimbing murid ke pertandingan, merancang aktiviti saban minggu. Petang pulang ke rumah dalam keadaan letih, malam pula, saya perlu gagahkan diri untuk sambung kelas online, siapkan tugasan satu demi satu.... Mata dah kuyu, tapi hati paksa juga bertahan. Kadang-kadang rasa nak berhenti semula. Rasa macam tak cukup masa, tak cukup tenaga, tak cukup semangat😓Tapi suamilah penguat saya saat saya hampir menyerah kalah😘Terima kasih ustaz Saifur Ridzwan Bin Mustafa
Kenangan paling saya tak boleh lupa….satu ketika semasa live streaming podcast. Perasaan gementar memang tak dapat nak sorok. Apa yang dirancang tak menjadi seperti sepatutnya. Moderator tanya lain, saya jawab lain. Saya rasa rendah diri sgt, seolah-olah saya tak layak berada di situ. Dan seolah belum cukup ujian, live seterusnya, headphone yg sy baru beli pula tiba-tiba bermasalah. Pertama kali saya gunakan untuk live seterusnya, suara panel saya tak dapat dengaq dengan jelas, siaran jadi terganggu. Saya betul-betul hampir rebah waktu tu. Tapi….yang menyelamatkan saya waktu tu bukan teknologi, tapi rakan-rakan sepasukan saya yang hebat.
Mereka pantas bertindak, bantu cover kelemahan saya tanpa banyak soal. Ada yang bantu alihkan perhatian penonton, ada yang beri sokongan di belakang tabir. Masa tu saya betul-betul rasa dihargai, rasa terharu sangat. Di situlah saya teringat kata-kata salah sorang mentor saya Cikgu Rumainnor 'Kenalilah Device Anda.' Dulu saya anggap itu cuma satu nasihat biasa. Tapi bila saya sendiri lalui situasi getir itu, baru saya faham maksud mentor saya yang sebenarnya.
Nak buat live bukan tentang siapa ada peralatan paling mahal atau tercanggih yang kita ada. Tapi siapa yang tahu kendali apa yang dia ada. Lebih baik guna apa yang kita biasa guna, yang kita yakin, yang kita selesa. Itu lebih penting dari bergantung pada alatan yang belum kita kuasai sepenuhnya....
Mujur saya tak berjuang seorang diri. Allah hadirkan tiga orang sahabat seperjuangan yang luar biasa. Kami saling bantu, saling kuatkan semangat. Ketika saya hampir rebah, mereka tarik saya bangun. Ketika saya ragu-ragu, mereka yakinkan saya. Ketika saya hampir berhenti, mereka temankan saya terus berjalan, mereka ialah Guru Besar Anis Wanthan GPK Kak Normalah Doraman dan Ayu Ashilla Mustapa @ #EduSpark
Dan waktu itu….baru saya benar-benar faham makna ungkapan yang sering dilaungkan oleh YouTube Manager kami YU Suffi @ Muhammad Suffi Yusof “Sendirian kita biasa, bersama kita luar biasa.” Ungkapan itu bukan lagi sekadar slogan. Ia menjadi denyut nadi semangat saya untuk terus bertahan hingga ke akhirnya.
Alhamdulillah….tanggal 25 Mei 2025, saya akhirnya berdiri sebagai graduan Akademi YouTuber Malaysia. Bukan kerana saya paling hebat. Tapi kerana saya tak pernah berhenti mencuba. Saya pilih untuk terus melangkah walaupun perlahan. Saya pilih untuk belajar walaupun banyak kekurangan. Dan saya pilih untuk percaya bahawa setiap ujian itu, jika dihadapi dengan hati yang tabah dan sokongan yang betul, akan membawa kita ke satu titik kemenangan yang sangat manis."
Terima kasih ikhlas dari sanubari buat semua mentor saya dari C1-C5 (Cikgu YU Zuly Rahimie Zulkfli , YU Chekgu LK, YU Muallim Syamz AlMarbawi juga yang tak tertag) semuanya hebat, tanpa semua, siapalah saya....I'm officially YU FARAAIN😘
#konvokesyenayu4
#akademiyoutuber
#ustazahain
#eduspark
#graduan2025
Tags
featured