Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

Selamat Hari Guru, "Cikgu Anwar Ibrahim !"☺️

Selamat Hari Guru, "Cikgu Anwar Ibrahim !"☺️

Beliau sentiasa komited dengan agenda pendidikan. 

Dalam setiap ucapannya pasti akan diselitkan aspirasi pendidikan yang sentiasa menjadi keutamaan negara. 

Tokoh ini sangat percaya bahawa "the right to education" lahir bersama "the birth right of a child". Oleh yang demikian, setiap anak berhak mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang sosioekonomi mereka.

Ketika mengetuai Yayasan Anda, sebuah institusi yang memberikan ruang kepada pelajar-pelajar miskin dan tercicir mendapat peluang untuk belajar serta meneruskan pengajian, beliau telah menggerakkan inisiatif pendidikan untuk semua, sehinggakan rakyat dan khalayak awam benar-benar menghargai kewujudan Yayasan Anda tersebut.

Tidak terhenti setakat itu, ketika beliau menggagaskan agenda pendidikan negara, inspirasi tokoh pendidikan terkenal, Paolo Freire menjadi citra utama ketika beliau menekankan peri pentingnya pendidikan untuk masyarakat. Hanya dengan pendidikan sahaja yang dapat mengeluarkan manusia daripada kancah penindasan.

Malah, kekuatan budaya ilmu yang beliau pegang dan disiplin pembacaannya sentiasa mengagumkan saya. 

Seringkali yang paling saya takutkan, apabila beliau menghulurkan buku kepada saya untuk dibaca kerana pastinya buku tersebut merupakan suatu karya yang hebat dan yang agak sukar saya tekuni kerana masih belum menguasai disiplin membaca sepenuhnya.😂😂😂

Beliau sangat menghormati para ulama' dan guru, malah sentiasa memastikan saya tidak ketinggalan mengikut beliau dalam siri halaqah pertemuan beliau dengan para ilmuwan.

Terima kasih "Cikgu Anwar" kerana sentiasa menjadi murabbi utama dan penting dalam membentuk fikrah dan jiwa pendidik kami. 

Tiada agenda yang lebih utama melainkan agenda "islah" yang sentiasa beliau laungkan sebagai esensi utama perjuangan dalam pendidikan.

Selamat Hari Guru! ♥️🫰
"Team" Cikgu Anwar!

#FadhlinaSidek
#PendidikanManusiawi
#MalaysiaMADANI
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama