Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Penghargaan

TAHNIAH BUAT SEMUA GRADUAN PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN AKADEMI …

  



TAHNIAH BUAT SEMUA GRADUAN PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN AKADEMI YOUTUBER KALI KE-3

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua ahli panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang telah terlibat dalam sambutan Majlis Konvokesyen Akademi Youtuber kali ke-3 yang diadakan pada 16 Jun 2023 yang lalu. Majlis ini diadakan secara dalam talian menerusi siaran langsung di pelantar Youtube rasmi Akademi Youtuber yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 10.30 malam. Seramai 97 orang graduan pada majlis kali ini telah diraikan atas kejayaan telah melepasi kesemua cabaran silibus Akademi Youtuber bermula C1 sehingga C5. Tahniah atas kesungguhan para graduan atas usaha dan sumbangan semua dalam menimba ilmu sebagai 'Youtuber Pendidikan' yang kini telah bergelar 'Pencipta Kandungan Pendidikan Digital'. Tahniah atas perkongsian segala bahan pendidikan dalam pelantar Youtube dan akhirnya berkembang ke pelantar lain agar lebih ramai yang mendapat manfaatnya.


Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ikram bin Mohammad Nor Wazir, Pengurus Besar PTS Publishing Sdn. Bhd. Terima kasih juga buat semua tetamu VIP jemputan seperti Dr. Juhaida binti Abdul Aziz, Naib Pengerusi EDIDIK Malaysia, Dr Bahshahrudin bin Mohd Sharif, Leader GEG Paya Rumput, Puan Nor Atiqah binti Ab. Rani, Business Relation Executive Casio Malaysia Sdn. Bhd, Encik Mohd Muktasim bin Mohd Rosli, USTP PPD Barat Daya Pulau Pinang, Puan Noradillah binti Abdul Samad, USTP PPD Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang, Cikgu Siti Khalijah binti Dosah, Edufluencer KPM 2022, serta barisan Juara Cikgu Juara Digital (CJD) 2022 dan 2023 iaitu Cikgu Siti Ainul Mursyida binti Shamsudin, Cikgu Izyan Mardhiah binti Halmi dan Cikgu Mimi Norashikin binti Md Jaini yang turut sama memberikan ucapan penghargaan kepada semua graduan kali ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan daripada tulang belakang Akademi Youtuber iaitu Cikgu Muhammad Suffi bin Yusof, Pengasas Akademi Youtuber dan Cikgu Zuly Rahimie bin Zulkifli, Chief Youtuber Trainer AYU. Tahniah juga diucapkan kepada kesemua barisan ahli jawatankuasa Majlis Konvokesyen Akademi Youtuber Kali Ke-3 ini yang diketuai oleh Muallim Hazar selaku penyelaras program atas kejayaan majlis.

Pautan rasmi majlis : https://www.youtube.com/watch?v=6I9wT6gPVAA



Senarai graduan Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang telah terlibat dalam sambutan Majlis Konvokesyen Akademi Youtuber kali ke-3 :

1. Yu. Norhasyah binti Ibrahim (SK Pangkalan Tentera, Johor Bahru, Johor)

2. Yu. Ferdauz bin Abdullah (SJKC Toon Hua, Melaka)

3. Yu. Rafifi Anuar bin Abdullah (SJKC Min Sin, Perak)

4. Yu. Azlinawatty binti Daraman (SK Pulau Redang, Terengganu)

5. Yu. Rozita binti Ab Rahman (S K Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak)

6. Yu. Jemahliah binti Mohamed Salleh (SK Taman Seroja, Selangor)



Ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Akademi Youtuber :

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada semua graduan ahli Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah serta kesemua graduan Majlis Konvokesyen Akademi Youtuber kali ke-3 ini. 

Saya berharap agar perjalanan kesemua graduan sebagai Pencipta Kandungan Digital tidak terhenti di sini. Teruskan kecemerlangan dan sebarkan ilmu yang dipelajari untuk dimanfaatkan keapda orang lain kerana ilmu yang telah diperoleh itu ibarat laut ditimba tidak akan kering.

Sekian dan tahniah sekali lagi.

Chekgu LK



Yu. Chekgu LK

❤️ https://www.youtube.com/ChekguLK ❤️

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama