Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

TALKSHOW 10/23 : Oh My Solat! @ Masjid Zaid bin Haritsah, Kuala Lumpur

 

Solat merujuk kepada ibadah menyembah Allah dalam agama Islam. Solat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim yang sudah mukallaf atau sudah cukup umur. Solat memiliki nilai penting dalam kehidupan seorang muslim. Selain sebagai kewajiban dalam agama, ianya juga sebagai bentuk penghambaan kepada Allah SWT. Solat juga merupakan cara untuk mendekatkan hubungan dengan Allah SWT, meningkatkan keimanan dan taqwa, serta meningkatkan ketakwaan dan kesadaran diri dalam menjalani kehidupan.


Pagi tadi, saya berpeluang bersama 100 orang adik-adik para peserta Kem Anak Soleh yang telah dianjurkan oleh pengurusan Masjid Zaid bin Haritsah, Kuala Lumpur. Kali ini, saya mengisi slot "Oh My Solat!" selama sejam setengah. Penekanan khas diberikan kali ini tentang pelaksanaan solat dan kewajipan melakukan 13 rukun solat dengan sempurna untuk menjaminkan kesahan solat.

Mengikut pihak penganjur, program kali ini merupakan julung kali diadakan. Ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para jemaah masjid yang telah menghantar anak-anak mereka ke Kem Anak Soleh ini.




Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas peluang dan ruang yang telah diberikan. Semoga anak-anak para peserta Kem Anak Soleh ini dikurniakan keimanan yang kental, kefahaman yang mantap serta menjadi anak soleh dan musleh yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya.



Tahniah Tuan Haji Lutfi selaku pengarah program Kem Anak Soleh ini.

MUALLIM HAZAR
13 Mac 2023


Sumber : https://www.muallimhazar.com/2023/03/talkshow-1023-oh-my-solat-masjid-zaid.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama