Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Salam Terakhir Warga SK USJ 20

 Salam Terakhir Warga SK USJ 20



Sesi persekolahan 2022 melabuhkan tirainya. Rata-rata di semua sekolah seluruh Malaysia, murid-murid bersalam-salaman dengan semua guru, terutama murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan alam sekolah rendah. Suasana sedih dan hiba memuncak apabila lagu Memori Tercipta nyanyian Shila Amzah menjadi lagu latar majlis. 

Video : https://www.youtube.com/watch?v=HdVfInETrGc&t=10s





Mereka yang bermula dengan tidak tahu apa-apa, kini bakal menempuh alam menengah yang penuh pancaroba. Duhai anak, Cikgu mengharapkan kalian bawalah nama baik keluarga dan guru-guru sekolah rendah di sekolah menengah nanti. Terbanglah kalian setinggi mungkin, jika patah sayap, kuatkan semangat. Bangkitlah..dan terbanglah semula. 







Apabila kalian berjaya nanti, janganlah kalian lupa guru-guru sekolah rendah. Kami tidaklah meminta untuk dibalas segala bakti dan jasa, cukup sekadar kiriman doa, iringi sisa-sisa perjalanan kami di dunia. 






Sumber : https://www.cikguctr.com/2023/02/salam-terakhir-warga-sk-usj-20.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama