Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Pengiktirafan Edublogger : Terima Kasih Yu.Suffi

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya buatNya Yang Maha Esa. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan S.A.W serta keluarga baginda, sahabat-sahabat serta para pengikut2nya.

Alhamdulillah, setelah selesai mengikuti siri perkongsian daripada Cikgu Muhammad Suffi, kali ini dengan jayanya cfusyamz telah diakui oleh master sifu, Yu.Suffi sebagai salah seorang daripada Edublogger Akademi Youtuber Malaysia.

Semoga apa yang dikongsikan dan diajar dapat digunakan oleh saya dan semua rakan-rakan AYU yang bergiat dalam blogger bakal menghiasi dunia pendidikan digital dengan kemahiran yang pelbagai.

Ilmu yang dipelajari tidak akan rugi jika mampu dimanfaatkan dengan semaksima mungkin, selain mampu menambah nilai tambah dalam profesyen seorang guru, ianya mampu membantu dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan pada masa kini.

Bukan untuk dibangga, tetapi untuk mengajak dan menginspirasikan rakan-rakan pendidik yang lain agar sentiasa mengintai peluang untuk memajukan diri masing-masing, bukan sekadar cukup di takuk lama, zaman sekarang tidak boleh lagi guna ayat "sekadar je..", "mcam ni cukuplah", kerana peluang dan ruang yang cukup banyak bagi mereka yang ingin maju!

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat Yu.Suffi, pemilik cikgusuffi.com kerana telah berkorban masa, tenaga dan sebagainya dalam menyebarkan ilmu blogger ini kepada kami. Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran.

Sekian, Terima kasih

Sumber : https://www.cfusyamz.com/2023/02/pengiktirafan-edublogger-terima-kasih.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama