Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

AMBOI, CANTIKNYA SIJIL EDUBLOGGER! | PENGIKTIRAFAN DARIPADA AKADEMI YOUTUBER #AYU

 SIJIL PENGIKTIRAFAN EDUBLOGGER


 Tadaaaa...inilah hasilnya tabah mengadap kelas biarpun ada ketika mata tak larat nak buka dah..hahaha. Sijil pengiktirafan yang sangat awesome!!!
Satu usaha yang sangat berbaloi kerana sesungguhnya yang pipih takan datang melayang, yang bulat takan datang bergolek. Segalanya perlukan usaha dan sedikit pengorbanan.

Terima kasih YM Yu. Suffi dan Yu Zuly yang setia setiap minggu untuk berkongsi ilmu kepada kami. Ilmu yang diberikan ini walaupun percuma tetapi amat tinggi nilainya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang sanggup 'pm tepi' untuk membantu apabila diperlukan. Sesiapa yang tak grab peluang ni memang rugi besar lahhh...

Sesungguhnya Cikgu Eeda memang dah lama teringin nak belajar buat blog ni. Cuba juga godek-godek di Youtube tetapi tak banyak dalam Bahasa Melayu. Alhamdulillah sangat apabila Akademi Youtuber telah mencetuskan idea untuk menjadikan kami Blogger Pendidikan selepas bergelar Youtuber Pendidikan. Apatah lagi sebagai Guru Penyelaras Bestari di sekolah, Cikgu Eeda diamanahkan untuk menghidupkan kembali blog sekolah yang dah lama menyepi. Kini, dengan ilmu yang Cikgu Eeda dapat daripada Akademi Youtuber ini telah Cikgu Eeda gunakan untuk mewujudkan blog sekolah yang baharu disebabkan blog yang lama tak tahu siapa adminnya...hihihi. Jom la berkunjung ke blog sekolah Cikgu Eeda...


Bukan saja kami dianugerahkan dengan sekeping sijil yang amat cantik ini, tetapi juga sebuah badge yang mungkin pada orang lain tiada nilainya, tetapi kepada kami sangatlah berharga, kerana sijil dan badge ini ialah lambang segala usaha dan pengorbanan kami selama ini. Badge ini telah kami sematkan di blog masing-masing. Cantikkan badge kami...

Terima kasih Akademi Youtuber, terima kasih Cikgu Suffi, Cikgu Zuly, Muallim Hazar, Cikgu Rumainno dan seluruh warga AYU. Tahniah diucapkan kepada kita semua!!! Chaiyokkk...

#Cikgueedarahim
#akademiyoutuber






Sumber : https://www.cikgueedarahim.com/2023/02/amboi-cantiknya-sijil-edublogger.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama