Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Selamat Tahun Baru Cina 2023

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya. Hari ini merupakan hari pertama Tahun Baru Cina. 2023 ialah tahun Arnab Air, bermula dari 22 Januari 2023 (Tahun Baru Cina), dan berakhir pada 9 Februari 2024 (Malam Tahun Baru Cina). Tanda Arnab adalah simbol umur panjang, keamanan, dan kemakmuran dalam budaya Cina. Tahun 2023 diramalkan menjadi tahun harapan. Tahun kelahiran 2023, 2011, 1999, 1987, 1975, 1963, 1951 merupakan zodiak arnab.

Arnab adalah yang keempat dari semua haiwan zodiak. Legenda mengatakan bahawa arnab itu sombong dan anggap dirinya boleh berlari dengan pantas. Dia adalah jiran Lembu dan selalu bergurau tentang betapa lambatnya lembu. Suatu hari, Kaisar Giok (Yu Huang Da Di) mengatakan bahawa urutan zodiak akan ditentukan oleh urutan di mana haiwan tiba di hari raya. Arnab pergi pada waktu fajar. Tetapi ketika dia sampai di sana, tidak ada binatang lain yang dapat dilihat. Dia jelas akan menjadi yang pertama, dia melangkah ke samping dan tidur siang. Namun, ketika dia terbangun, tiga haiwan lain sudah tiba. Salah satunya adalah Lembu yang selalu dia pandang rendah.

Saya mengamalkan "vegetarian" pada hari pertama Tahun Baru Cina sejak kecil lagi.Kepercayaan kaum cina sekiranya "vegetarian" sehari pada Tahun Baru Cina pertama, maka ia akan membawa kesejahteraan dan kemakmuran sepanjang tahun. Makanan tradisional yang sentiasa makan pada hari pertama adalah kuih bakul (年糕). Kuih bakul dipercayai membawa tuah dan membawa maksud " makin tahun makin tinggi (步步高升)". Semoga tahun baru membawa kebahagiaan baru, tujuan baru, pencapaian baru dan banyak inspirasi baru dalam hidupan semua.


Sumber : https://www.cikguahho.com/2023/01/selamat-tahun-baru-cina-2023.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama