Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

SALAM 1 REJAB 1444H

Sedar tak sedar, kelmarin adalah hari terakhir bulan Jamadil Akhir. Saat berkumandangnya azan Maghrib malam tadi, maka telah masuknya 1 Rejab. Dan hari ini        (Isnin , 23 Jan 2023) bermulalah bulan Rejab 1444H.

Selamat menyambut bulan Rejab 1444 Hijriah kepada semua umat Islam.

Sahabat, marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan Syaaban dan seterusnya bulan Ramadhan dengan meningkatkan keimanan, ketaqwaan, amalan wajib, serta memperbanyakkan amalan-amalan sunnah serta berdoa agar diberikan keberkahan seterusnya dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan Al Mubarrak.

Rasulullah S.A.W sendiri mempersiapkan diri pada dua bulan sebelum Ramadhan, iaitu mempersiapkan diri secara rohani. Rasulullah S.A.W berdoa :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: "Ya Allah, Kau berkahilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadan) kepada kami pada bulan Ramadan".


Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah :
  • Berpuasa
  • Memperbanyakkan bersedekah
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur'an
  • Memperbanyakkan berzikir
  • Memperbanyakkan solat-solat sunat

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita serta memasukkan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa
melakukan kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Amin.

Wallahua'lam

SALAM 1 REJAB 1444H











Sumber : https://www.cghidayahyusoff.com/2023/01/salam-1-rejab-1444h.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama