Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Prank : Bukan Cara islam!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Menjadi satu trend  pada masa kini satu perbuatan yang disebut sebagai 'prank' atau lebih mudah difahami dengan bahasa gurauan budak-budak atau bahasa kampung kita panggil ia sebagai gurau biawak! trend ini semakin lama semakin merisaukan apabila tiada kesedaran yang tinggi di kalangan pembuat konten terutamanya para youtuber, tiktokers dan sebagainya.


Tidak dinafikan, pembuat konten seperti youtubers, tiktokers, dan sebagainya memerlukan satu konten yang mampu menarik ramai penonton. Konten seumpama prank ini mampu menarik berjuta penonton bahkan boleh dikatakan boleh 'pecah panggung' dengan konten seumpama ini. View dapat, duit dapat...dosa pun dapat!

 

Sesungguhnya nafsu setiap manusia sentiasa mendorong kepada perkara-perkara yang tidak elok, sebagaimana Firman Allah taala dalam surah Yusuf : 53 

وَمَآ أُبَرِّئُ نَفْسِىٓ ۚ إِنَّ ٱلنَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ بِٱلسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 


Sekiranya tidak mengikut garis panduan yang betul sebagaimana yang telah digariskan dalam Al-Quran, Hadis dan Sunnah Nabi kita, sudah tentu kita akan terus lalai serta semakin menjauh dari ajaran dan landasan agama yang sebenarnya. 


Bukan bermakna islam melarang terus ummatnya daripada bergurau senda, bahkan Nabi S.A.W sendiri bergaul mesra dengan sahabat-sahabatnya dengan bergurau, namun gurau senda Nabi tidak KETERLALUAN dan masih lagi dalam perkara kebenaran, sebagai contoh, kisah dimana Nabi S.A.W bergurau dengan seorang wanita tua ;-


Hasan al-Basri meriwayatkan: "Seorang wanita tua bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa kepada ALLAH agar aku dapat masuk syurga." Rasulullah SAW menjawab: "Wahai ibu, syurga tidak dihuni oleh orang tua." Mendengar jawapan Rasulullah SAW, wanita itu pergi dari situ sambil menangis teresak-esak. Rasulullah SAW kemudian bersabda: "Beritahu kepada wanita tua itu, dia tidak akan masuk ke syurga dengan keadaan usia tua. Sesungguhnya ALLAH SWT berfirman: Sesungguhnya KAMI menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya [Surah Al-Waqi'ah ayat 35-37]." (Riwayat Tirmidzi)


Begitulah baginda mengajar kepada kita, bergurau senda pun ada batas dan tidak dibenarkan menipu! apatah lagi memalukan dan membuka aib sesama islam. janganlah terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang sememangnya mereka tiada garis panduan sebagaimana kita ada 'manual book'  kita iaitu AL-QURAN yang mulia serta Sunnah Nabi SAW.


Oleh itu, sama-samalah kita berpesan-pesan kepada rakan-rakan youtubers, tiktokers dan sebagainya supaya menjaga adab dan tatasusila kita dalam menghasilkan konten-konten masing-masing. Ingatlah semuanya adalah 'BEKAL' untuk kita bawa ke alam sana dan akan menjadi amal yang jariah!

Sudah tentu kita ingin bawa amal jariah yang BAIK kan? nikmat dunia hanya sementara, sama-samalah kita perbanyakkan amal jariah yang soleh dan baik supaya kita dapat menuai hasilnya di akhirat kelak serta dapat menyelamatkan diri kita dari azab Allah yang maha pedih!


Maaf jika ada yang tersinggung, saya sayang semua...

Semoga bermanfaat. jangan lupa tinggalkan jejak dan pandangan kalian di ruangan komen. KOMEN & SHARE

CfuSyamz


Sumber : https://www.cfusyamz.com/2022/12/prank-bukan-cara-islam.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama