Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

SYAIR GEROBOK PUSAKA | BAHASA MELAYU SK TAHUN 4 TEMA 3 UNIT 11 OLEH CHEKGU LK

 SYAIR GEROBOK PUSAKA | BAHASA MELAYU SK TAHUN 4 TEMA 3 UNIT 11 



Syair merupakan salah satu jenis puisi. Syair yang merupakan puisi berlagu ini merupakan sejenis puisi lama Melayu yang berangkap.  Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.



Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

 

Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.



Ciri-ciri syair :

  1. terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
  2. syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
  3. setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
  4. bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.

Berdasarkan buku teks Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 4, murid belajar melagukan syair yang bertajuk " Syair Gerobok Pusaka " pada halaman 74.




Saksikan video berikut sebagai contoh melagukan puisi ini mengikut irama kiasan.

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=0Hkv24aQfZM



❤️Platform Chekgu LK : https://withkoji.com/@chekgulk


Jemput LIKE, SUBSCRIBE dan SHARE video ini untuk manfaat yang lain.


CHEKGU LK

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOHN, BEAUFORT, SABAH

Yu. Chekgu LK

❤️ https://www.youtube.com/ChekguLK ❤️

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama