Untuk video PdPc kali ini, murid-murid melakukan aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3-4 orang. Setiap kumpulan perlu memilih 1 lakaran pilihan daripada 3 lakaran idea yang dihasilkan. Kemudian, setiap kumpulan perlu membuat analisis untuk lakaran pilihan tersebut dan membentangkan hasil analisis mereka.
Untuk analisis lakaran pilihan murid perlu mempertimbangkan aspek rupa, bentuk, ruang dan saiz bagi setiap komponen elektrik, elektronik dan mekanikal lakaran pilihan tersebut. Selepas itu, murid-murid perlu menghasilkan satu lakaran yang ditambah baik berdasarkan analisis lakaran dan perbincangan yang telah dibuat. Cikgu Hasyah akan menggunakan Kaedah PAK-21 iaitu Rotating Review iaitu setiap kumpulan akan mempamerkan hasil dapatan mereka dan akan disoal oleh rakan murid yang lain .
Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk berkongsi idea dengan semua murid serta guru-guru. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Mohon tular-tularkan dan sebar-sebarkan untuk memberi manfaat kepada semua.
PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=aR0Kk19zZBk
NAMA GURU : CIKGU HASYAH
SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah