Untuk video PdPc kali ini, murid-murid akan dapat memberikan respons yang betul terhadap soalan yang diberi. Penerangan dan latihan yang diberi diambil dalam buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 dan buku aktiviti Jilid 2 Tahun 1. Murid-murid boleh membuat latihan tersebut semasa menonton video ini. Ibu bapa juga boleh menonton video ini sebagai rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah.
Selain daripada itu, murid-murid juga akan dapat melancarkan bacaan kerana mereka perlu membaca maklumat yang diberi dan memahami soalan sebelum memberikan respons. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.
Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Mohon tular-tularkan dan sebar-sebarkan untuk memberi manfaat kepada semua. Belajar boleh di mana-mana sahaja bukan terhad di sekolah. Pastikan anak-anak kita tidak ketinggalan.
PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=g3_EE2EWyrE&t=2s
NAMA GURU : CIKGU HASYAH
SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah