Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

USTAZAH ATIKAH : JOHAN PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO SAYA GURU MALAYSIA SEMPENA HARI MALAYSIA 202…


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Ustazah Nur Atikah binti Jamaludin merupakan salah seorang pelajar Akademi Youtuber Guru Malaysia ambilan ke-3.  Beliau telah menyertai AYU pada bulan November 2020 di bawah bimbingan saudara Wan Hazarudin bin Wan Hassan atau Muallim Hazar, Ketua Panitia Bahasa Arab SR (AULA).


Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini telah berkongsi kebahagian bersama pasangan tercinta iaitu Cikgu Jalaludin bin Hashim.  Beliau merupakan seorang guru dari SMK Seri Bera, Bandar Bera, Pahang.  Subjek yang diajar oleh beliau Bahasa Arab menengah rendah. 

 

Penyertaan beliau dalam Pertandingan Menghasilkan Video Saya Guru Malaysia Sempena Hari Malaysia 2021 telah merakamkan satu catatan sejarah yang sangat indah untuk dikenang setelah beliau dinobatkan sebagai Johan  dalam pertandingan tersebut.  Hadiah yang berjaya dibawa pulang adalah berupa wang tunai berjumlah RM1,500.


Saksikan pengumuman pemenang pertandingan pada pautan berikut :

https://www.facebook.com/671555576509439/posts/1637843996547254/  


Pautan ucapan terima kasih Ustazah Atikah: 

https://www.youtube.com/watch?v=ii_ZC_1o4c4


TAHNIAH Ustazah Atikah.

Teruskan kecemerlangan anda pada masa akan datang. 

Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.



#akademiyoutuber

#sayagurumalaysia

#selamatharimalaysia


Disediakan oleh:

Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official

Link Channel  :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama