Membaca penting untuk menambah ilmu. Dengan membaca, murid-murid akan dapat meningkatkan kelancaran bacaan murid dan ilmu pengetahuan mereka. Penghasilan video ini adalah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Selain daripada itu, kandungan video ini adalah berdasarkan buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 1. Video ini akan membantu murid-murid supaya tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Walau di manapun kamu berada PdPR TETAP TERLAKSANA.
Untuk pelajaran kali ini, murid-murid akan memahami maksud kata arah. Di akhir sesi pembelajaran, murid-murid akan dapat membina ayat dan melengkapkan teks dengan menggunakan enam kata arah yang sesuai iaitu kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.
NAMA GURU : CIKGU HASYAH SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah
Tags
PDPC