Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

SAJAK ILTIZAM "MALAYSIA PRIHATIN" OLEH CIKGU EQA

26/08/2021

/ oleh Yu. CikguEQA

 Hello Hai... Assalamualaikum....




Jom Saksikan Persembahan Sajak yang dideklasmi oleh CikguEqa sempena menyertai ePERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI MERDEKA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Sajak berkisar Kemerdekaan Norma Baru






ILTIZAM "MALAYSIA PRIHATIN"
(Nukilan : Hjh Mazlina Zulkifli)

Tanggal 31 Ogos menggamit ingatan
Tertegaknya bendera negara lambang kedaulatan
Mengibar semangat luar biasa tali persaudaraan
Lafaz ikrar Rukun Negara
Mengimbau detik terbinanya ikatan sumpah setia
Mengukuh toleransi penyatuan jiwa
Mengunci perpaduan dengan prinsip yang lima
Sejarah pembinaan negara bangsa tercinta
Menyaksikan manisnya kebersamaan
Menjemput iltizam “Malaysia Prihatin”
Pada segenap ruangnya
Penghujung 2019 cabaran menduga
Letusan pandemik COVID-19 menggegarkan seisi dunia
Musuh baru jelmaan tanpa rundingcara
Meranap seluruh aturan kehidupan manusia
Memugar indahnya iltizam “Malaysia Prihatin”
Berdepan pandemik COVID-19
Menjemput akal fikir teraju negara
Berganding pahlawan barisan utama
Dengan dinamik penuh prakarsa
Bersegera mengukuh benteng negara
Menggalas senjata tanpa menunda
Memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat kekal terpelihara
Berdepan pandemik COVID-19
Bukti keiltizaman “Malaysia Prihatin”
Mematuhi perintah kawalan pergerakan
Mengharungi norma baru kehidupan
Memastikan musuh tewas dengan tuntas
Agar laungan kemerdekaan kembali bergema
Memenuhi ruang tanpa sempadan






Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia