Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
khas

🔴 [LIVE] KALAM KEJAYAAN – BANDINGAN SEMACAM #06 #AKADEMIYOUTUBER


Segmen Khas Kalam Kejayaan Siri ke-6 akan membawa para penonton mendalami salah satu daripada cabang peribahasa yang merujuk kepada perbandingan sesuatu dengan sesuatu untuk menerangkan kepada situasi. Bandingan semacam ini merupakan bahagian daripada peribahasa. Apakah peribahasa?. Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat. Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat. Peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran yang digunakan oleh nenek moyang secara kiasan yang diwarisi generasi demi generasi sejak berzaman.

Team NKS akan membawa anda melihat perkongsian untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai peribahasa sebagai salah satu ungkapan kiasan yang boleh digunakan ketika melontarkan percakapan untuk menggambarkan sifat atau benda yang dibandingkan.

Pada minggu ini juga para penonton boleh menyertai kuiz mingguan.Kumpulkan soalan kuiz minggu Siri ke-6 dengan menghantar penyertaan dalam link yang akan diberikan semasa siaran berlangsung. Pemenang kuiz mingguan terkumpul akan diumumkan pada siaran langsung segmen khas Kalam Kejayaan siri ke-9. Hadiah menarik menanti anda. 

Jangan lupa bersama kami di KALAM KEJAYAAN pada ketetapan berikut: 

Hari   : Sabtu 

Masa : 9:30 malam 

Tarikh: 14 Ogos 2021 

Pautan Video :  https://www.youtube.com/watch?v=NlBI1xB5QCo

Sila kunjungi Channel 

Cikgu Khadijah Hassan :

Link CYT : https://www.youtube.com/c/kawaiiamekhadijah

#segmenkhas 

#akademiyoutuber

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama