Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI & TIDAK RASMI | FORMAT, TIP, PERBANDINGAN & LATIHAN OLEH CHEKG…

 


Tentu ada murid yang keliru atau terlupa atau juga kadang kala keliru untuk menentukan format surat kiriman rasmi dengan surat kiriman tidak rasmi. 




Surat rasmi merupakan surat formal yang dibuat khusus untuk tujuan yang rasmi. Surat rasmi tidak boleh ditulis sesuka hati kerana ia memerlukan format tertentu, penggunaan bahasa serta huruf yang betul. Antara tujuan-tujuan rasmi yang menggunakan surat rasmi adalah surat permohonan pekerjaan, surat membuat aduan / bantahan / cadangan, surat membuat rayuan, surat meminta peruntukan / derma, surat membuat jemputan rasmi, surat menempah barangan dan lain-lain lagi yang melibatkan tujuan-tujuan rasmi.

Surat kiriman tidak rasmi merupakan surat-surat peribadi yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga, sahabat, guru, penjaga dan sebagainya. Isi kandungan surat tidak rasmi termasuk bertanya khabar, mengucapkan tahniah atau takziah, undangan, jemputan, ucapan dan lain-lain.

Video ini membincangkan tentang Format Kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C iaitu karangan jenis surat kiriman rasmi dan tidak rasmi. Seterusnya, perkongsian mengenali kunci soalan, tip, format penulisan, perbandingan dan latihan ringkas untuk menguji pemahaman murid.


Pautan video pembelajaran :

✅ Berdasarkan pemahaman kamu terhadap video pembelajaran tersebut, pilih soalan berikut dan hasilkan sebuah karangan yang baik. 

✅ Pilihan Soalan 
📌Soalan 1 :
Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah syarikat percetakan. Tulis surat kepada pihak berkenaan bagi tujuan tersebut selengkapnya. 

📌Soalan 2
Kamu menerima kiriman hadiah bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran kamu daripada sepupu kamu yanh tinggal di negeri lain. Tulis sepucuk surat untuk menyatakan ucapan terima kasih kepadanya.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.



Jemput LIKE, SUBSCRIBE dan SHARE video ini untuk manfaat yang lain.

CHEKGU LK

SK PADANG BERAMPAH, SIPITANG, SABAH

Yu. Chekgu LK

❤️ https://www.youtube.com/ChekguLK ❤️

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama