Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 l UNIT 11 l PENJAGAAN KESELAMATAN DIRI- PENDERAAN DALAM KELUARGA OLEH …

Penderaan kanak-kanak dalam keluarga menjadi antara kes penderaan yang tertinggi pada masa kini. Mengikut statistik yang dikeluarkan sehingga Mac 2021, sebanyak 46% kes penderaan kanak-kanak dilakukan oleh ibu bapa kandung mereka sendiri. Apa sudah jadi? Ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung untuk kanak-kanak. Rumah yang disediakan sepatutnya menjadi kawasan yang paling selamat untuk anak-anak tinggal. Namun begitu, nampaknya perkara ini semakin membimbangkan. 



Terdapat empat jenis penderaan yang dilakukan kepada kanak-kanak iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian. Penderaan fizikal lebih mudah dikesan dan dilihat berbanding penderaan emosi. Antara contoh yang boleh dilihat ialah seperti lebam dan bengkak akibat ditumbuk, dicampak, ditikam, dibakar, digoncang dsb. Penderaan emosi selalunya hadir bersama penderaan yang lain seperti kegelisahan, kemurungan, cenderung membunuh diri, sukar untuk mendengar sehingga memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Penderaan seksual pula lebih kpd paksaan orang dewasa untuk melakukan aktiviti seksual yang salah di sisi undang-undang kepada kanak-kanak. Manakala pengabaian berlaku disebabkan ibu bapa tidak dapat menyediakan keperluan asas anak-anak seperti fizikal, emosi, pendidikan dan perubatan. Oleh yang demikian, kita perlu menangani masalah penderaan di kalangan kanak-kanak ini segera!! Mengapa? Anak-anak adalah generasi pemimpin di masa hadapan. SAYANGILAH MEREKA, JANGAN SEKSA MEREKA !

PAUTAN VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=P6YpRzmRqnI





NAMA GURU: 

CIKGU YAYA@ CIKGU NOR HIDAYAH BINTI HAMZAH

SEKOLAH : 

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG SELANGOR


LINK CHANNEL:

https://youtube.com/c/CikguYaya

 

Yu. Jamalee

https://www.youtube.com/CikguJaMaLee

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama