Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

πŸ”΄ [LIVE] ASAM GARAM RUMAHTANGGA : RUMAHKU SYURGAKU #01#AKADEMIYOUTUBER

10/07/2021

/ oleh Yu Umi Juema


Rasullullah SAW sebagai manusia juga berumahtangga. Lalu dalam berumahtangga Baginda hadapi asam garamnya. Ada ketika ceria bersama, ada ketika saling bermasam muka.  Ada ketika romantik, ada juga ketikanya berkonflik.  Sungguh setiap saat dalam hidup Nabi adalah teladan untuk umat.  Barulah umat boleh belajar daripada baginda.  Benarlah, Rasulullah uswah hasanah; teladan terbaik.

 

Menerusi Segmen Asam Garam Rumahtangga ini, kami ingin  memaparkan babak-babak asam garam rumah tangga Nabi yang mungkin kita tidak tahu selama ini untuk diambil iktibar serta pengajaran bagi umat manusia. Modul rujukan kami untuk menjayakan program ini ialah buku bertajuk Asam Garam Rumahtangga Nabi SAW.  Kami telah memohon keizinan daripada penulis buku ini sendiri iaitu Encik Luqman Makhtar mantan editor Majalah Solusi dan penulis Siri X-plorasi Al-Quran

Menerusi program ini adalah diharapkan ianya dapat memberi impak yang mendalam dan manfaat yang besar buat semua penonton di seluruh Malaysia yang menyertainya. 

Tarikh : 10 Julai 2021

Hari.   : Sabtu

Masa  : 12.30 petang

Pautan:  https://www.youtube.com/watch?v=RHap-soF2NI

Ahli Panel Segmen Asam Garam Rumahtangga 

1. Ustaz Hamdan bin Hamid 

    SMK Darul Ehsan Selayang Bharu. 

    Channel- http://www.youtube.com/c/ustazhamdan

 

2. Ustaz Amirujaili bin Yasin

    SMK Raja Chulan Ipoh,Perak. 

    Channel- https://www.youtube.com/c/usamirul 

 

3. Ustazah Rahimah Zaman

   SMK Beaufort, Sabah. 

   Channel- https://www.youtube.com/c/imazzmedia 

 

4. Ustazah Suzilawaty Arsad 

    SMK Seri Cheneh, Kemaman, Terengganu. 

    Channel- https://www.youtube.com/c/UstazahSuzilawaty

 

5. Ustazah Nafsah 

    SMK Cheras, Kuala Lumpur 

    Channel - https://www.youtube.com/c/CikguPurpleChannel2u


#segmenkhas #akademiyoutuber

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia