Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

KONSEP TAMBAH TAHUN 1 OLEH CIKGU CT RAHIMAH #AYU #KonsepTambahTahun1

07/07/2021

/ oleh Yu. Cikgu Pak Malau

 


Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi video ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.




Video untuk murid-murid / guru / ibu bapa untuk merujuk KONSEP ASAS TAMBAH dan menambah dua nombor yang bersesuaian dengan aras pemikiran murid-murid Tahun 1.

Video ini disediakan untuk memudahkan murid-murid merujuk cara asas menambah dengan pelbagai kaedah dan dengan cara yang betul.  Selain itu, murid-murid / ibu bapa boleh mengulang siar video ini pada bila-bila masa walau di mana jua berada dan boleh ditonton beberapa kali untuk mendapat lebih kefahaman.

Diharapkan video ini dapat membantu para ibu bapa, murid-murid sekalian dan bolehlah dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain.


✅ PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=nuOJKdcbUgo&t=45s 



✅ NAMA GURU  :  

CIKGU CT RAHIMAH


✅ SEKOLAH   :

SK USJ 20, SUBANG  JAYA, SELANGOR


✅ SALURAN YOUTUBE :

 https://www.youtube.com/c/CikguCtREduTv2
Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia