Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

BAHASA MELAYU TAHUN 1 | TEMA 3 | UNIT 8 : MASAKAN IBU | SP : 1.2.2 MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DARIPADA BAHAN OLEH CIKGU HASYAH

26/07/2021

/ oleh Yu. Cikgu Nariza

 


Membaca penting untuk menambah ilmu. Dengan membaca, murid akan dapat meningkatkan kelancaran bacaan. Penghasilan video ini adalah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Selain daripada itu, kandungan video ini berdasarkan buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu. Video cikgu ini akan membantu murid supaya tidak ketinggalan  dalam pelajaran. Walau di mana-manapun kamu berada PdPR TETAP TERLAKSANA.






Untuk pelajaran kali ini, murid-murid akan menuturkan dialog dengan intonasi dan sebutan yang betul. Pada akhir pembelajaran, murid-murid  akan dapat melengkapkan dialog berdasarkan maklumat daripada bahan yang diberi. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. 






Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.







PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=gF2HLUXjMLI 




NAMA GURU : CIKGU HASYAH

SEKOLAH :  SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU

SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia