Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

TAHNIAH NUR FADHLINA BT KHAIRUDDIN @ LINNZACK | ANUGERAH GURU INSPIRASI 2021 OLEH McDONALDS MALAYSI…

 


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali dalam segmen berita menerusi portal Akademi Youtuber.  

Keputusan Anugerah Guru Inspirasi oleh McDonalds Malaysia telah diumumkan pada 31 Mei 2021. Salah seorang daripada ahli keluarga Akademi Youtuber Malaysia telah dicalonkan serta berjaya memenangi Anugerah Guru Inspirasi 2021 oleh syarikat tersebut.

Nur Fadhlina Bt Khairuddin atau lebih popular dengan panggilan Cikgu LinnZack yang mengajar di SK Gopeng Taman Gopeng Baru telah dicalonkan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut, Puan Mahizon Binti Mahmood. Cikgu Linnzack rasa sangat terharu bila dapat tahu beliau adalah salah seorang pemenang daripada 25 lima orang guru yang terpilih. Seramai 4000 guru telah dicalankan sebagai Guru Inspirasi McDonalds Malaysia tahun ini.

Cikgu Linnzack adalah seorang guru yang proaktif. Sejak menjadi sukarelawan di Akademi Youtuber Malaysia beliau sangat aktif dalam menghasilkan video-video tutorial yang berguna kepada para pendidik. Channel Youtube beliau iaitu Simply Linnzack juga mengandungi video-video PDPC yang boleh digunakan oleh guru-guru sekolah untuk menjalankan PDPR .

Selain daripada menjadi inspirasi kepada para pelajar, beliau juga adalah inspirasi kepada para guru. Sifat peramah, rendah diri dan sedia membantu beliau membolehkan rakan-rakan guru berinteraksi dengan beliau. Sifat penyabar beliau juga memudahkan para pelajar belajar dengan beliau.

Keputusan Pencalonan diumumkan di laman web Macdonalds Malaysia:  https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2021/nur-fadhlina-bt-khairuddin

Link Video Cikgu LinnZack  | #anugerahguruinspirasi :https://youtu.be/J-nhIdrJDuo


Disediakan oleh:

Cikgu Giri

AYU Press Official

Link Channel :  https://www.youtube.com/c/CikguGiri


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama