Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

SUSUNAN NOMBOR TERTIB MENURUN OLEH CIKGU HASYAH




Matematik Itu Mudah. Kemahiran mengira dan mengenal nombor adalah kemahiran awal yang perlu

dikuasai oleh murid-murid sebelum melangkah dengan lebih jauh lagi. Bagi murid Tahun 1, mereka

akan belajar mengenal nombor 0 sehingga 100. Oleh itu, penting untuk mereka mengetahui susunan

turutan nombor daripada 0 sehingga 100 dengan baik. Jangan jadikan PKP sebagai alasan untuk tidak

boleh mengenali nombor dalam lingkungan 100 dengan baik. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Selain daripada mempelajari susunan nombor secara tertib menaik, murid-murid juga akan belajar

menyusun nombor secara tertib menurun. Susunan nombor tertib menurun bermaksud nombor disusun

semakin kecil. Nombor perlu disusun bermula daripada nombor yang besar kepada nombor yang kecil.



Membilang atau menyusun nombor secara tertib menurun boleh dikira dengan menggunakan jari.

Murid-murid juga boleh menggunakan bahan-bahan maujud yang ada di sekeliling mereka. Secara

tidak langsung, murid-murid juga dapat belajar nombor sebelum dan selepas.  Bukan itu sahaja,

murid-murid juga boleh meningkatkan kemahiran mereka mengira nombor dalam lingkungan 100.

Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini

untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kaedah ansur

maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih mengenal nombor.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.




✅ PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=1GdW09WE6g4






✅ NAMA GURU :

CIKGU HASYAH


✅ SEKOLAH :

SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU


✅ SALURAN YOUTUBE :

https://www.youtube.com/c/CikguHasyah


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama