Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

SEJARAH TAHUN 5 l UNIT 5 l BANGKIT BERJUANG PENJAJAH DITENTANG- BAHAGIAN 1 OLEH CIKGU YAYA

 #sejarahialahkita






Campur tangan dan penjajahan British dalam urusan pentadbiran telah mencetuskan kemarahan dan ketidak puasan hati Sultan, pembesar dan penduduk tempatan. Sultan dan para pembesar kehilangan kuasa untuk mengutip cukai dan mentadbir. British juga telah memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan kepada penduduk tempatan. Jika mereka ingkar, akan dipenjarakan dan diberikan hukuman. Kekejaman ini telah menimbulkan kemarahan beberapa penduduk tempatan yang terdiri daripada golongan pembesar dan pemimpin kaum mereka. Mereka bertindak untuk menyerang British bagi mempertahankan hak mereka. Namun begitu, Perjuangan tokoh tempatan pada ketika ini adalah bersifat setempat dan demi mempertahankan kedaulatan negeri mereka sendiri. 


PAUTAN VIDEO: https://www.youtube.com/watch?v=gP0kd1m_YnQ





Perjuangan tokoh seperti Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato' Maharaja Lela dan Yamtuan Antah perlu dipuji kerana berani mempertahankan kedaulatan negeri dan hak mereka yang telah dicabuli oleh British. Walaupun ada yang terkorban dan dihukum oleh British, semangat patriotik yang ditunjukkan tetap diingati sehingga kini. Pengorbanan dan jasa mereka perlu dikenang supaya dapat meningkatkan jati diri di kalangan masyarakat Malaysia untuk bersedia mempertahankan negara dari ancaman luar. Tokoh yang dibincangkan pada kali ini ialah seperti Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato' Maharaja Lela dan Yamtuan Antah. Hargailah perjuangan dan jasa tokoh tempatan negara kita. Ayuh bersama-sama sayangkan negara kita.


NAMA GURU: CIKGU YAYA@ CIKGU NOR HIDAYAH BINTI HAMZAH

SEKOLAH : SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG SELANGOR

LINK CHANNEL: https://youtube.com/c/CikguYaya


💜💗PANITIA SEJARAH SR💗💜

Yu. Yuhanisah

https://www.youtube.com/c/CikguYuhanisah

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama