Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6 | UNIT 3: MENGGAMBAR | POSTER MENGGUNAKAN CANVA GRAPHIC #PdPR2021

18/06/2021

/ oleh YU. LinnZack

 


Poster berperanan sebagai komunikasi visual ataupun penyampai maklumat. Kita telah mempelajari cara untuk menghasilkan poster dan memahami konsep sesebuah poster.Pada masa kini, komputer digunakan untuk mereka bentuk poster. Penggunaan perisian komputer dapat membantu untuk menghasilkan poster yang menarik dan kreatif.

Poster boleh dibuat menggunakan teknik kolaj, montaj atau gabungan kedua-dua teknik.Gabungan ini menjadikan gaya persembahan poster itu cantik dan menarik.Poster yang dihasilkan boleh menggunakan bahan yang diambil daripada Internet atau bahan bercetak.Susunan yang dibuat perlu dirancang dengan teliti.

Pada masa ini, kebanyakan poster dihasilkan berbantukan perisian komputer, contohnya perisian Adobe Photoshop.

Tahukah anda, kini telah ada aplikasi mudah untuk menghasilkan poster secara dalam talian?

Jom belajar Seni buat poster menggunakan aplikasi percuma ini.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6

MODUL 1 : MENGGAMBAR

UNIT 3 : POSTER (menggunakan aplikasi Canva Graphic Education)

TEMA : ALAM SEMULAJADI ATAU OBJEK BUATAN MANUSIA

BUKU TEKS PSV TAHUN 6 MUKA SURAT 11-14

Pautan Video https://www.youtube.com/watch?v=rmBZ0BbEJ90&t=72s



Sila tunjukkan sokongan anda kepada saya dengan like - comment - subscribe & share semua video perkongsian di channel “ Simply Being LinnZack” agar saya lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak video pembelajaran selepas ini.Akhir kalam ikhlas dari hati " Hidup berilmu dikongsi bersama untuk manfaat kita semua". Assalamualaikum dan byeeeeee :-)

Moga bermanfaat

Cikgu LinnZack

SK Gopeng Taman Gopeng Baru

Channel Youtube :Simply being LinnZack



Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia