Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 l UNIT 6 l OLAHRAGA ASAS l LOMPATAN: LOMPAT TERBANG (LOMPAT JAUH)


Lompat jauh merupakan acara olahraga dalam kategori padang. Lompat jauh merupakan acara sukan yang memerlukan seseorang itu untuk melompat sejauh mungkin dari tempat yang dituju.  Adakah kamu tahu? Kemahiran lompat jauh telah dikesan seawal 708SM di Sukan Olimpik Kuno di Greece. Pada ketika itu, acara ini telah dimenangi oleh Chionis dengan jarak lompatan sebanyak 7.05meter. Sejak itu, sukan ini telah dimurnikan dari semasa ke semasa hinggalah ia diisytiharkan sebagai acara olahraga pada tahun 1896 ketika Sukan Olimpik Moden di Athens. Pada ketika itu, acara ini dimenangi oleh Ellery Harding Clarks dengan lompatan 6.35meter.

Lompat jauh mempunyai 4 fasa yang perlu dilengkapkan untuk menghasilkan lompatan yang baik iaitu fasa lari landas (penujuan), fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan.  Bagi mendapatkan lompatan yang baik ada beberapa tips yang perlu dipatuhi antaranya lari seoptimum mungkin ketika lari landas, lonjak dengan sudut lompatan yang tinggi, melayang dengan lama di udara untuk melambatkan pendaratan dan fleksikan lutut untuk mengurangkan hentakan semasa mendarat.

Bagaimanakah cara untuk terapung di udara dengan lama? Hah, apa yang perlu dilakukan ialah berlari selaju yang mungkin, melonjak dengan kaki dominan untuk mendapatkan daya yang besar dan sudut lonjakan yang tinggi. Bila daya lonjakan kuat ia akan membantu seseorang atlet untuk melayang dengan lama di udara dan menghasilkan jarak lompatan yang jauh. Susah? Takpe . Mari kita pelajari kemahiran ini. Jom!! Semoga bermanfaat untuk semua 😉

PAUTAN VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=mHgASijmCMU





NAMA GURU: 

CIKGU YAYA@ CIKGU NOR HIDAYAH BINTI HAMZAH

SEKOLAH : 

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG SELANGOR


LINK CHANNEL:

https://youtube.com/c/CikguYaya

Yu. Jamalee

https://www.youtube.com/CikguJaMaLee

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama