Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

MATEMATIK TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6 OPERASI BAHAGI BAHAGIAN 2 OLEH CIKGU ZOLHAIRI

09/06/2021

/ oleh Mizz Anie




Terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam mendapatkan jawapan bagi sesetengah soalan

Matematik. Walau bagaimana pun, guru perlu mencari kaedah atau cara yang terbaik bagi

memastikan setiap anak didiknya memahami dan menyelesaikan setiap soalan matematik.

Oleh itu, bersesuaian dengan peringkat awal, penekanan kepada langkah-langkah wajib

semasa menjawab soalan bahagi amat membantu khasnya kepada murid yang lemah

penguasaan asas Matematiknya.



Video ini membincangkan penggunaan kaedah ringkas dan penerangan konsep yang

mudah. Penguasaan konsep sangat penting agar apa sahaja soalan, tidak akan timbul

masalah tidak dapat selesaikan. Bahkan setelah menguasai konsep setiap soalan bahagi,

pasti dapat diselesaikan. Disini akan dikongsikan contoh penyelesaian soalan bahagi

1 digit dan 2 digit serta bina sifir 2 digit dengan keadah kawin. Diselitkan juga dengan soalan

minda pagi, soalan ringkas untuk imbas kembali soalan 1 markah asas nombor

agar soalan seperti ini tidak berlaku kesalahan di dalam peperiksaan atau ujian.



Semoga perkongsian ini memberi ruang Dan peluang kepada rakan-rakan guru untuk

menambah pengetahuan berkenaan subjek  Matematik khasnya tajuk bahagi. Mohon

sokongan bersama, sebar luaskan. Jangan lupa klik butang 'subscribe, like Dan share'.




PAUTAN VIDEO : 

https://www.youtube.com/watch?v=LYXNJF_l940



NAMA : ZOLHAIRI B ABDULLAH


SEKOLAH :

SK SENAWANG


SALURAN YOUTUBE :

https://www.youtube.com/c/zolhairi77


Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia