Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

CITRA PENDIDIK | BM SK TAHUN 6 | TEMA 6, UNIT 18 OLEH CIKGU AZLINALYN

08/06/2021

/ oleh Yu. Cikgu Nariza

 


Kali ini saya ingin berkongsi video yang mengikut tema dan tajuk di dalam buku teks. Video ini merujuk buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 di halaman 99. Semoga dengan video ini boleh membantu guru-guru dalam menjalankan sesi PdPR akan datang.



Isi pelajaran dalam tajuk ini berdasarkan Kemahiran Mendengar dan Bertutur.  Aktiviti ini memfokuskan murid mendengar dan bertutur dengan menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.


Selain itu, video ini juga menerangkan secara ringkas apa itu ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk supaya murid jelas untuk membuat aktiviti membina ayat.  Murid  perlu membina ayat berdasarkan gambar dalam buku teks di halaman 99. 



Secara tidak langsung, murid dapat menguasai kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan baik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para guru dan murid-murid.


Sebagai tanda sokongan anda, sudilah kiranya anda menekan butang "Likes", "comment" dan "subscribe" Channel Cikgu AzlinaLyn . Terima kasih.🌹🌹



PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=xD_FpF3Wm4w 




LINK LATIHAN :

https://forms.gle/uVnTB3gRPtYuiQmt8


NAMA GURU :

CIKGU AZLINALYN

SEKOLAH :

SK TAMAN CUEPACS , SELANGOR.

SALURAN YOUTUBE :

https://www.youtube.com/c/CikguAzlinalyn

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia