Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

TAHNIAH CIKGU MIDAH #AnugerahBestVideoPresenterAward

 


ASSALAMUALAIKUM  DAN SALAM SEJAHTERA

Akademi Youtuber Guru Malaysia  merupakan sebuah Pusat Tuisyen Percuma Terbesar di Malaysia. Kelas Tuisyen secara langsung ini diajar oleh guru-guru seluruh negara meliputi semua subjek bermula daripada Pra-Sekolah sehingga ke peringkat Pra-Universiti. 

 Pelbagai pencapaian yang telah diraih oleh guru-guru AYU sepanjang tempoh 10 bulan ini.  Seterusnya, kita ikuti sebuah kisah menarik seorang lagi guru yang berjaya meraih Anugerah Best Video Presenter Award.

Cikgu Hamidah binti Mat telah menyertai program AYU bermula Oktober 2020.  Bermula 5 Oktober 2012, beliau telah membina satu laman youtube dengan nama Cikgu Midah 7879.  Sehingga kini, beliau telah memuat naik sebanyak 81 video di laman youtube beliau. 

Beliau merupakan ibu kepada 5 orang cahaya mata.   Beliau kini sedang menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Senawang, Negeri Sembilan.  Subjek yang diajar oleh beliau ialah Sains dan Bahasa Inggeris.  Cikgu Hamidah memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah daripada UPSI.  Kini beliau sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di Universiti Putra Malaysia dalam bidang  Pengukuran dan Penilaian.

 

Beliau telah dilamar sebagai Ketua Panitia Sains SK  pada November 2020.  Beliau mula bersiaran secara langsung di Pusat Tuisyen Percuma Akademi Youtuber bermula 27 November 2020.  Kini beliau telah bersiaran sebanyak 10 kali secara langsung. Untuk makluman semua,  jumlah ahli Panitia Sains SK yang terkini ialah seramai 50 orang.  Manakala jumlah video PDPC dalam playlist Panitia Sains ialah sebanyak  video.   

 

Beliau telah mendapat Anugerah Best Video Presenter Award ini dalam International Conference On Islamic Research In Management, Education, Social, Science and Technology  pada tanggal 30 dan 31 Januari 2021 yang lalu Pihak penganjur telah memuat naik  video melalui saluran  youtube semasa proses pembentangan kajian.  Sama-sama kita dengarkan ucapan daripada Cikgu Midah.

 

Di bawah ini saya sertakan link video penghargaan daripada Cikgu Hamidah.  Selamat menonton.

 Link Video Penghargaan  :  https://www.youtube.com/watch?v=qJVwsIbiwQ0 

Disediakan oleh:

Umi Juema @Norjuema

AYU Press Official

Link Channel :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama