Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Penghargaan

SAJAK GURU OH GURU OLEH ADIK ARFA DANISH #selamathariguru

 


SAJAK GURU OH GURU OLEH ADIK ARFA DANISH 

#selamathariguru

Deklamasi sajak Guru oh Guru karya oleh Usman Awang ini telah dideklamasikan oleh Arfa Danish binti Mohammad Fadhley sempena Hari Guru 2021.  Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah: " Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu".  Sajak ini ditujukan khusus kepada semua guru yang mengajar beliau termasuk guru-guru di Akademi Youtuber Malaysia.

Pautan Video :  https://www.youtube.com/watch?v=_o4-NHUb7Hs 

 

GURU OH GURU Karya : Usman Awang Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. #usmanawang #guruohguru #akademiyoutuber #kitabantukita

Channel Youtuber Ayu:  https://www.youtube.com/c/UmiJuema 

@NorJueMa

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama