Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

RBT TAHUN 5 l UNIT 2: APLIKASI REKA BENTUK TEKNOLOGI KEJURUTERAAN l KEPENTINGAN TENAGA BOLEH BAHARU…

 

Tenaga boleh baharu (TBB) ialah mana-mana sumber tenaga yang terhasil secara semula jadi dalam tempoh masa yang singkat. Ia diperoleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dari sumber seperti matahari atau dari pergerakan semula jadi sumber yang lain dan mekanisme alam sekitar. Tenaga boleh baharu tidak termasuk sumber tenaga yang diperoleh daripada bahan api fosil, produk sisa daripada sumber fosil, atau bahan buangan daripada sumber bukan organik.

Prospek tenaga boleh baharu di Malaysia adalah tinggi. Hal ini demikian kerana, kedudukan demografi Malaysia di rantau tropika membolehkan Malaysia menerima halaju angin dengan kadar yang tinggi, sinaran matahari yang panjang dengan kadar 12 jam sehari dan jaluran pantai memanjang yang memberikan peluang kepada Malaysia untuk membangunkan sumber tenaga boleh baharu.
Tenaga boleh baharu mampu membantu dari segi kewangan kepada negara berbanding dengan penggunaan bahan api fosil seperti minyak dan gas. Hal ini disebabkan oleh rizab gas dan minyak kebangsaan yang semakin berkurangan. Malaysia perlu bergantung kepada pasaran global, yang mungkin akan mengalami isu-isu seperti permintaan yang semakin meningkat, bekalan yang terhad dan ketidaktentuan harga pasaran yang akan membebankan sektor tenaga. Tenaga boleh baharu ialah sektor tenaga yang tidak perlu bergantung pada pasaran dunia dan tidak perlu mengimport sumber tenaga dari negara luar.

Dengan pembangunan tenaga boleh baharu di Malaysia, maka ia akan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai untuk menceburkan diri dalam teknologi baharu. Oleh itu, kadar pengangguran juga dapat dikurangkan dan ekonomi Malaysia juga akan menjadi lebih stabil. Ayuh bersama-sama kita pelajari topik ini dengan lebih mendalam lagi... Jangan lupa SUBSCRIBE ya!!!

PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=KxfW_BrtOtQ&feature=youtu.be


NAMA GURU : CIKGU JAMALEE

SEKOLAH : SK TEMIN, SG.SIPUT, PERAK

SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/CikguJaMaLee

Yu. Jamalee

https://www.youtube.com/CikguJaMaLee

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama