Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4 l UNIT 11 l KELUARGAKU SAYANG: MENANGANI GEJALA SOSIAL OLEH CIKGU YAYA

24/05/2021

/ oleh Cikgu Jamalee


Gejala sosial di kalangan remaja Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut terlibat dalam masalah.Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara

Antara faktor utama penyumbang kepada gejala ini ialah institusi kekeluargaan yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumah tangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remajau ntuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, peranan keluarga dalam mengatasi dan menangani gejala sosial amatlah PENTING! Mari fahami peranan anggota keluarga dalam menangani gejala sosial ini. 'Cegah Sebelum Jadi Lebih Parah!' JOM!



PAUTAN VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=6FaQzj6YMVg




NAMA GURU: 

CIKGU YAYA@ CIKGU NOR HIDAYAH BINTI HAMZAH

SEKOLAH : 

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG SELANGOR


LINK CHANNEL:

https://youtube.com/c/CikguYaya

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia