Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

PANDUAN PENGISIAN PELAPORAN SPdPR 2021 | SISTEM PdPR : SPdPR | #CIKGUEEDARAHIM

26/05/2021

/ oleh Yu. Cikgu Eedarahim

 


Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. Sebelum ini, kita munggunakan sistem pelaporan melalui google form, dan guru-guru perlu mengisi secara manual, sebagai contoh, perlu menaip nama kelas, no kad pengenalan, bilangan murid setiap kali mengisi pelaporan. 



Bagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia. Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.

Ikuti Panduan Pengisian Pelaporan SPdPR bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini, juga sebagai persediaan menggunakannya nanti. KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.



LINK VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=CNC_xIv6mYQ&t=31s



NAMA GURU : CIKGU EEDARAHIM

NAMA SEKOLAH : SK PENGKALAN JAYA, PULAU PINANG

LINK CHANNEL : https://www.youtube.com/watch?v=CNC_xIv6mYQ&t=31s

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia