Responsive Ad Slot


Selamat Hari Raya Cikgu! #DuitRayaAYU

raya

BERSEMUKA CARA PdPR | 1 HARI 1 PERKONGSIAN CIKGU LINNZACK #linnzack

04/05/2021

/ oleh YU. LinnZack

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita dalam 1 Hari 1 Perkongsian Cikgu LinnZack edisi tutorial mudah #linnzack.Terlebih dahulu cikgu ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi datang singgah dan meluangkan masa membaca perkongsian cikgu pada kali ini.


Tora

“Tora datang lagi”. Ungkapan iklan yang masih segar dalam ingatan cikgu dan mungkin juga rakan-rakan seusia cikgu (tahun 80an - 90an). Bersesuaian dengan peredaran masa dan pandemik Covid-19.Cikgu suaikan pula dengan ungkapan“PdPR datang lagi”. Hehehhehehe.


PdPR?Apa tu?Untuk makluman anda.Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membawa maksud pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan oleh guru seluruh Malaysia di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian dan off-site dengan berstruktur dan terancang. Jelas tak? Kalau masih tidak jelas anda boleh klik pautan ini ya. 


http://bit.ly/manualPdPR



PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.Guru tidak cukup bersedia mengajar melalui pendekatan PdPR hingga mengganggu proses pembelajaran? Bersedia atau tidak? Suka atau tidak suka? Para guru terpaksa berlapang dada dan akur dengan setiap perubahan dan arahan yang dikeluarkan. Guru sebagai pemudah cara perlu memikirkan cara yang menarik , ringkas dan pada masa yang sama mengikut objektif yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).Permulaan untuk tujuan penyesuaian adalah lebih baik daripada tidak melakukan perubahan langsung.😘



Justeru itu , saya Cikgu LinnZack kongsikan tutorial mudah bagaimana bersemuka cara PdPR dalam bentuk video PdPC. Sesuai untuk para guru yang tidak mahir menggunakan aplikasi menghasilkan video. Teknologi itu memudahkan.Jadi kita mudahkan.Biar ringkas tapi padat.Moga bermanfaat ya.😍



link video https://www.youtube.com/watch?v=GMLnOgMyBgA&t=133s


CIKGU LINNZACK @ NUR FADHLINA KHAIRUDDIN

SK GOPENG TAMAN GOPENG BARU, PERAK

Untuk perkongsian dan pembelajaran yang lebih menarik bolehlah ke www.youtube.com/c/linnzack


Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia