Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
VLOG

VLOG: UNBOXING BUAH EKSOTIK BORNEO.

 



Video ini menunjukkan buah Terap ataupun Tarap yang kebiasaannya terdapat di Borneo, iaitu di Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia. Buah ini menjadi buah yang disukai ramai berikutan rasanya yang sedap, manis dan baunya yang wangi tetapi agak kuat dan menusuk hidung. Atas sebab itulah, buah ini dilarang dibawa masuk ke dalam hotel, sama seperti buah durian. 


Selain enak dimakan begitu sahaja, buahnya juga boleh digoreng tepung atau dibuat jemput-jemput / cekodok. Buah yang muda pula sedap dimasak seperti sayur masak lemak. Bijinya juga boleh dimakan sebagai kudapan. Biasanya, bijinya dimasak secara digoreng tanpa minyak dan berasa seperti kacang yang agak lemak sedikit. 


Harga buah ini berbeza bergantung kepada tempat ia dijual, saiz atau berat. Ada kawasan yang menjual RM 10 untuk 3 biji (saiz kecil), ada tempat yang menjual RM 5/kg dan ada juga yang menjual RM7/biji. Berat buah biasanya dalam lingkungan 1 - 2 kg sebiji. Jika dilihat harga 10 tahun dahulu, harga buah ini hanyalah RM 1 sebiji dan dijangkakan, harganya akan semakin naik berikutan permintaan yang tinggi di pasaran. 


Bagi orang Semenanjung atau mereka yang berkunjung ke Sabah ataupun Borneo, kunjungan anda tidaklah sah sekiranya tidak mencuba buah ini. Jangan terkejut bila rasa sekali, pasti hendak lagi. Buah terap sentiasa dihati.




JOIN LINK VIDEO YOUTUBE ✅

https://www.youtube.com/watch?v=3YGOv-Qbu-w&t=131s


Nama Guru: Cikgu Suhaila Subi @SiYoyop

Saluran Youtube: https://www.youtube.com/c/SuhailaSubi





YU.ROSMELIANY

simple and steady

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama