Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

VLOG ROAD TO SUCCESS SPM 2020 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL (GKT)

 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera





        Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, saya diberi peluang untuk bersiaran secara langsung dari kaca televisyen dalam NTV7 DidikTV KPM. Satu pengalaman amat berharga dalam hidup saya yang takkan dapat saya lupakan. Pada mulanya berat hati ini untuk mengisi borang online penyampai DidikTV yang diberikan oleh Yu Suffi. Ini kerana saya tidak yakin pada diri saya sendiri untuk bersiaran live dalam televisyen. Saya berasa rendah diri kerana tidak yakin untuk menyampaikan ilmu yang tidak berapa mantap dalam diri ini. Sedangkan saya live di Youtube pada mula dahulu pun sudah menggeletar dan hampir nak demam setiap kali kelas tuisyen online di Akademi Youtuber dijalankan, inikan pula mahu live di dalam kaca televisyen. Teringat kembali pada awal live untuk kelas tuisyen online PSV AYU, muka saya merah padam menahan malu, kaki tangan saya sejuk macam direndam dalam ais dan jantung saya macam nak pecah berdegup laju. Orang tak nampak, tapi saya yang mengalaminya dan hanya Allah yang Maha MengetahuiNya. Tambahan pula masalah line internet saya tidak begitu stabil. Asyik terkeluar sahaja.

        Jadi saya abaikan sahaja link borang online yang Yu Suffi berikan tersebut tanpa diisi, sebaliknya saya meminta ahli pantia PSV saya untuk mengisi borang tersebut. Alhamdulillah saya gembira apabila ahli Panitia PSV saya iaitu Cikgu Mat Julih atau lebih glamer dipanggil Cikgu MJ telah berjaya bersiaran di DidikTV NTV7 secara rakaman online bersama pengacara Afieq Shazwan. Maklum la cikgu MJ tinggal di Sabah, jauh dari Semenanjung Malaysia. Jadi kena la secara online sahaja rakaman tersebut.


            Hari silih berganti. Jika Allah berkehendak dan mahu memberi rezeki pada seseorang, rezeki takkan salah alamat. Walaupun saya sudah menolak rezeki, akan tetapi rezeki itu datang kembali dari arah yang berlainan pula, Saya mendapat panggilan dari seorang rakan Panitia GKT Negeri Sembilan iaitu Cikgu Faizal meminta tolong saya untuk bersiaran di Didiktv Slot Road To Success SPM 2020 (RTS). Saya terkejut, tergamam dan terkedu. Dia memberitahu saya pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan iaitu En. Khairulaini meminta beliau live untuk slot RTS tersebut, akan tetapi beliau sangat sibuk dengan Pertandingan F1 Peringkat Antarabangsa mewakili Negeri Sembilan. Jadi beliau meminta saya untuk menggantikannya. Saya bertanya sambil tergelak "Kenapa saya? Kerana ramai lagi yang otai-otai GKT dalam panitia." Setelah beliau memberitahu rakan-rakan GKT lain menolak, saya pun terdetik dalam hati kenapa Allah beri peluang ini kepada saya walaupun saya telah menolak sebelum ini. Saya ada memberitahu kepada Cikgu Faizal saya juga dapat peluang ini dalam Akademi Youtuber akan tetapi saya menolak untuk mengisi link tersebut kerana kurang yakin mengenai konten untuk disampaikan kerana saya tiada pengalaman sebagai penceramah subjek GKT, bukan juga pemeriksa kertas SPM GKT malah bukan juga Jurulatih Utama GKT. Setelah Cikgu Faizal pujuk saya dan beri kata-kata semangat kepada saya dengan mengatakan "Jangan risau Leen, kita tubuhkan satu Pasukan TASK FORCE GKT untuk membantu dari segi konten yang Leen akan sampaikan. Nanti kita buat reharsal bersama-sama ahli pasukan." Barulah semangat dan kekuatan saya datang apabila beliau mengatakan ramai yang akan support saya dari belakang. Beliau beri masa saya untuk berfikir beberapa hari. Selepas perbualan dalam telefon tersebut, saya terus hubungi En. Khairulaini bertanyakan hal berkenaan. Beliau juga memujuk saya untuk bantu menggantikan Cikgu Faizal dan beri kata-kata semangat kepada saya untuk live dalam slot RTS. Ini kerana beliau yakin dengan kemampuan saya yang mempunyai pengalaman live di dalam Youtube untuk kelas online Akademi Youtuber. Dari segi konten beliau berkata jangan bimbang, rakan-rakan GKT akan membantu beri support. Setelah saya berfikir panjang, mungkin rezeki ni Allah nak beri kepada saya juga dan mungkin ada hikmahnya Allah nak uji saya. Maka saya sahut cabaran tersebut dan mencabar diri saya sendiri untuk lebih berani dan yakin pada diri sendiri.

        Maka bermulalah episod kisah saya selepas menerima pelawaan tersebut dan menyediakan slide powerpoint untuk slot RTS DidikTV KPM bagi mata pelajaran GKT. Selepas siap powerpoint tersebut, saya set tarikh dan masa untuk ber"google meet" bersama team task force GKT N. Sembilan untuk sesi reharsal.
 
Gambar ini semasa bergoogle meet reharsal sambil memegang skrip untuk dihafal,


        Saya bercadang untuk menumpang di rumah adik saya di Taman Tasik, Semenyih pada keesokkan hari kerana pada hari esok 23 Februari saya perlu hadir ke Sri Pentas Media Prima untuk sesi taklimat dan reharsal di sana . Saya bercadang mahu meninggalkan anak-anak di rumah adik saya sementara suami saya menghantar saya ke Sri Pentas Damansara Utama. Pada tanggal 22 Februari, 2021 suami saya telah pergi ke balai polis meminta kebenaran pihak polis untuk merentas negeri memandangkan Selangor masih lagi PKPB. Kemudian, saya mendapat panggilan telefon dari suami saya mengatakan pihak polis tidak membenarkan suami dan anak-anak merentas negeri. Hanya saya seorang sahaja dibenarkan kerana ada surat rasmi dari KPM untuk bertugas. Luluh dan hampa rasa hati ini apabila mendapat perkhabaran tersebut. Saya meminta suami saya pergi sekali lagi dan membuat rayuan dengan memberikan alasan-alasan yang munasabah dan saya berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Akhirnya Allah makbul juga doa saya dan kami berjaya merentas negeri pada awal pagi keesokkan harinya.

Ingin mengetahui cerita saya lebih lanjut?? Jom saksikan video di bawah. Video ini adalah kisah perjalanan dan pengalaman Cikgu Leen live untuk DidikTV NTV7 bagi subjek GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL (GKT) dalam slot ROAD TO SPM 2020. Slot ini telah bersiaran secara langsung pada hari Rabu, 24 February, 2021 jam 4-5 petang. Simpan sini sebagai kenangan manis sepanjang bergelar seorang guru.


Bersama pengacara slot GKT 

Bersama orang kuat NTV7 Cik Amy yang menguruskan presenter seperti saya


Mohon maaf jika ada kesilapan ketika penyampaian, tersalah kata dan tidak menyebut nama-nama perseorangan yang tertinggal dalam penghargaan..ampun dan maaf dipinta..Mohon maaf juga atas kekurangan dalam penyampaian saya dalam live tersebut..Saya bukanlah manusia yang sempurna. Hanya seorang guru biasa yang menabur bakti untuk anak didik. Yang baik datangnya dari Allah swt dan yang kurang itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.. Semoga secebis ilmu yang cikgu sampaikan ini memberi manfaat buat pelajar GKT yang akan menduduki SPM 2020. Good luck semua..





Jom tonton live saya dalam DidikTV. Berikut adalah link live ROAD TO SPM GKT DidikTV NTV7 :-

. #RoadToSuccessSPM2020
#Didiktv
#GKT

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama