Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

VLOG: MEMORI PAHIT MANIS TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN COVID-19!





Genap setahun yang lepas. Saya bersama 3 orang lagi sahabat dari Malaysia telah bercuti di Sri Lanka selama seminggu bermula pada 13 - 21 Mac 2020. Malang tidak berbau, 2 hari sebelum kami dijadualkan pulang ke Malaysia, kerajaan Sri Lanka telah mengenakan Lockdown di seluruh negara. Daripada seminggu, percutian kami menjadi sebulan. Selepas 3 minggu terkandas, barulah kami dapat pulang ke Malaysia dengan penerbangan ihsan daripada Malindo Airlines. 


Minggu kedua terkandas di Colombo, Sri Lanka, kami terpaksa mengeluarkan sendiri duit untuk tinggal di hotel yang sama. Kami ada mencari apartmen yang kadar sewanya lebih murah malangnya kami dihalau oleh residen di situ kerana khuatir kami menjadi pembawa dan penyebar Covid ke kawasan itu. Pada masa itu, keadaan kes positif di Malaysia agak banyak berbanding di Sri Lanka. Beginilah agaknya perasaan orang China yang datang melancong ke Malaysia. Dipandang serong oleh orang Malaysia kerana dikhuatiri menjadi pembawa dan penyebar Covid-19. Sedihnya perasaan pada masa itu hanya kami berempat dan Tuhan sahaja yang tahu. Pihak polis sedia membawa kami ke balai sekiranya kami tidak berpindah segera.


Pada minggu ke-3 dan minggu ke-4 kami ditanggung sepenuhnya oleh Kedutaan Malaysia di Sri Lanka. Dari menginap di hotel, kami dipindahkan ke sebuah apartmen. Bantuan makanan turut diberikan. Khabar gembira akhirnya kami terima selepas 2 minggu tinggal di Mayura Apartmen. Selepas 4 hari kelewatan dari tarikh asal balik ke Malaysia, akhirnya pada 18 haribulan April kami balik ke Malaysia dan seterusnya menjalani kuarantin wajib selama 2 minggu di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya. Sekian coretan memori kenangan pahit manis saya terkandas di luar negara. 




JOIN LINK VIDEO YOUTUBE ✅

https://www.youtube.com/watch?v=EczUbjDIkNQ&t=23s


Nama Guru: Cikgu Suhaila Subi @SiYoyop

Saluran Youtube: https://www.youtube.com/c/SuhailaSubi





YU.ROSMELIANY

simple and steady

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama