Responsive Ad Slot


Selamat Hari Raya Cikgu! #DuitRayaAYU

raya

VLOG: KUNJUNGAN LUAR JANGKA BURUNG KELINGKING DI KAWASAN RUMAH‼️‼️

14/04/2021

/ oleh ROSMELIANY

 

YYYY

Saya rasa agak bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri kelibat burung ini dari kawasan rumah. Walaupun belum tergolong dalam spesies hidupan yang terancam, kehadiran burung kelingking ini di sekitar kawasan rumah agak mengujakan saya. Sesetengah orang mungkin perlu pergi ke kawasan zoo, taman burung atau pun masuk ke hutan untuk melihat burung ini. Alangkah beruntungnya saya dan keluarga yang dapat melihat burung ini hanya dari kawasan rumah sahaja. 


Burung enggang ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Kelingking atau Burung Lilin. Berbeza dengan burung enggang yang menjadi simbol negeri Sarawak, paruh burung enggang ini berwarna kuning pucat. Dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Oriental Pied Hornbill. Nama saintifiknya pula ialah Antharacoceros albirostris albirostris. 


Dalam video ini adalah burung Kelingking jantan. Jantina dibezakan dari segi saiz badan dan warna paruh. Ciri-ciri burung jantan ialah saiz badan yang agak kecil dan berwarna hitam serta mempunyai tanda muka warna putih yang kecil. Mempunyai paruh berwarna kuning pucat dan sedikit warna hitam. Manakala ciri-ciri burung betina adalah mempunyai paruh yang lebih kecil dan hitam. 


Bersama-samalah kita memikul amanah menjaga alam sekitar agar flora dan fauna di dunia ini terus terpelihara daripada ancaman kepupusan dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Mereka juga mempunyai hak untuk berkongsi hidup di bumi yang sama, sama seperti manusia. 


JOIN LINK VIDEO YOUTUBE ✅

https://www.youtube.com/watch?v=wkaYpNBHv9s


Nama Guru: Cikgu Suhaila Subi @SiYoyop

Saluran Youtube: https://www.youtube.com/c/SuhailaSubi





Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia